Mac 2011 - Mac 2024. Genap 13 tahun saudara-saudara kita di Syria melalui peperangan demi peperangan yang tidak pernah berhenti.
Puluhan ribu terkorban, ratusan ribu hilang upaya & jutaan manusia terpaksa menjadi pelarian di tanah air mereka sendiri.
Di bulan Ramadan ini, kita bekerjasama dengan rakan kolaborasi serta sukarelawan yang sudah pun berada disana untuk menyediakan juadah berbuka buat untuk 10,000 buah keluarga disana.
Sekecil apa pun nilai yang kita kongsikan hari ini, besar nilainya buat saudara-saudara kita disana.