[#SAHAM AKHIRAT] BERKONGSI REZEKI WALAUPUN KITA BELUM JADI JUTAWAN
![[#SAHAM AKHIRAT] BERKONGSI REZEKI WALAUPUN KITA BELUM JADI JUTAWAN [#SAHAM AKHIRAT] BERKONGSI REZEKI WALAUPUN KITA BELUM JADI JUTAWAN](https://mfa.myfundaction.org.my/media/forms/57-rezekiumat-im-1597476522.jpg)
ANTARA KISAH BENAR YANG SUKARELWAN KAMI KONGSIKAN SEWAKTU MEMBUAT SERAHAN BANTUAN KOTAK REZEKI UMMAT
“Saya pun orang susah, tapi bila tengok orang yang lebih susah”. Mereka makan lempeng sebagai ganti nasi untuk mengalas perut. Tak sangka masih lagi yang susah sebegini di Malaysia.
Luah seorang sukarelawan MyFundAction, saudari Ainon ketika misi Rezeki Umat. Katanya, dia juga dari keluarga susah. Tapi alhamdulillah masih cukup makan, ada tempat berteduh, belanja setiap bulan ada, beras di rumah tidak habis, dapur masih berasap.
“Tapi bila ikut aktiviti sukarelawan, santuni asnaf, saya dapat tengok sendiri orang yang lagi susah dari saya. Ada yang hanya makan bubur kosong hari-hari, ada yang makan tepung saja, jirannya bagi dia buat lempeng. Mahu keluar ke bandar terlampau jauh. Jadi tepung tu dibuat lempeng untuk dimakan.”
Kisah lain pula yang Ainon rasai, misi kemanusiaan di Kampung Panji. Ada seorang kakak ni namanya Kak Ramlah. Lantai rumahnya, memang menakutkan. Berlubang-lubang. Kita boleh nampak apa yang ada dibawah. Jadi bila saya merungut tentang lantai rumah saya. Saya mesti teringat lantai rumah Kak Ramlah. Rupanya ada yang lagi susah dari keluarga saya.
Rumah Kak Ramlah tiada tikar, kalau malam dia buka kotak untuk dijadikan alas tidur. Bila malam memang sejuk. Sebab lantai yang berlubang tu angin masuk.Rumahnya di atas laut. Tiada jambatan yang menghubungkan rumahnya dengan rumah yang lain. Kena turun ke laut untuk pergi ke rumahnya. Memang akan basah.
“Kisah-kisah inilah yang saya rasa saya perlu sangat tambahkan rasa syukur kepada Allah SWT. Jika sebelum ni saya ada merungut dengan kesusahan yang sedikit. Alhamdulillah, selepas sertai misi sukarelawan ni. Merungut itu tiada lagi dalam kamus hidup saya.”
Ini antara keadaan tempat tinggal asnaf yang kami jumpa dan hulurkan bantuan kotak Rezeki Ummat ini. Alangkah bersyukur dan gembiranya mereka tatkala menerima kotak Rezeki Ummat yang mengandungi barang keperluan asas untuk kegunaan seisi keluarga.
BAGAIMANA PROJEK REZEKI UMMAT DIJALANKAN?
Dengan serendah RM50/sekotak Rezeki Ummat, anda boleh memilih mana-mana pakej bantuan di ruangan bawah. Kami dari MyFundAction akan wakilkan anda untuk sampaikan dan salurkan kotak Rezeki Ummat kepada golongan yang sangat memerlukan di seluruh Malaysia.
Kami meyasarkan sebanyak 2,000 kotak Rezeki Ummat diagihkan setiap bulan bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik seperti kita.
BAGAIMANA INGIN SERTAI PROJEK REZEKI UMAT INI?
Anda boleh memilih mana-mana pakej mengikut kemampuan anda:
PAKEJ REZEKI UMAT RM 200
PAKEJ REZEKI UMAT RM 100
PAKEJ REZEKI UMAT RM 50
PAKEJ REZEKI UMAT RM 30
Jom kita bantu rakyat Malaysia yang sangat memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup.
Semoga dengan perkongsian rezeki kita buat mereka menjadi salah satu daripada amalan yang tidak terputus pahalanya, saham bekalan di akhirat buat kita selepas kita meninggalkan dunia, In Shaa Allah.