[#SAHAM AKHIRAT] KUTIP ROTI ATAS TANAH UNTUK MAKAN DAN TERUSKAN HIDUP

[#SAHAM AKHIRAT] KUTIP ROTI ATAS TANAH UNTUK MAKAN DAN TERUSKAN HIDUP

HAKIKAT SAUDARA MUSLIM KITA DI SYRIA


Seluruh dunia tahu, jika di sebut Syria, terbayang bagaimana kebelakangnya mereka dari pelbagai aspek berbanding dengan negara yang lain. Muslim Syria kekurangan dari segi fasiliti, kemudahan, dan pendidikan. Menurut fakta dari Claude Piantadosi dari Duke of University, manusia boleh hidup tanpa air 100 jam dengan suhu biasa. Jika sejuk, lebih lama. Jika panas, lebih pendek. 


Bagaimana pula jika tanpa makan? Purata seorang manusia mampu bertahan tanpa makanan adalah 3 minggu sahaja tetapi diselangi dengan minuman. Nauzubillah.


Tahukah anda? Di Syria, terdapat 52 buah kem pelarian di sekitar A'zaz sahaja dengan jumlah 1 juta orang sejak 2019. Dan makanan asas mereka hanya roti sahaja. Apabila bekalan makanan berkurang, ada antara mereka hanya makan buah zaitun demi teruskan hidup. Mereka juga tidak mendapat bekalan air bersih yang cukup.


Sarapan pagi mereka hanya sekeping roti dan secawan teh cair. Bersyukur kita di Malaysia diberi nikmat makanan dan minuman yang cukup.







KILANG ROTI DI AZAZ, SYRIA


Oleh itu, MyFundAction tampil bagi membantu meringan sedikit beban mereka dengan kempen Kilang Roti untuk Syria.


Kali ini, kami menyasarkan 1.2juta orang pelarian Syria dapat diberikan keperluan asas secukupnya. Mereka yang disenaraikan adalah daripada kem pelarian sekitar Azaz.


Oleh itu, kami ingin mengajak anda untuk berkongsi rasa dan terus menyokong kempen ini demi membantu saudara kita di sana. Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM300,000 untuk menjayakan kempen Kilang Roti kali ini.



KENAPA PERLU BANTU MEREKA


Dari Abu Hurairah ra, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:

.

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat…”. 

(HR. Muslim)



Ayuh kita bantu semampu kita agar tidak diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak.




BAGAIMANA KILANG ROTI INI AKAN DIURUSKAN?


Wakil kami di Azaz, Syria menguruskan kilang roti ini dan segala bantuan yang kita salurkan akan diuruskan sebaiknya dari sana. Anggaran 1.2juta orang yang akan dibantu.




SASARAN DAN JUMLAH BANTUAN YANG DIPERLUKAN?


Dalam keadaan penuh rumit ini, mereka sangat memerlukan bantuan dari segi makanan dalam kadar segera, sasaran untuk kempen ini adalah RM300K.



BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI?


Anda boleh memilih mana-mana pakej mengikut kemampuan anda:

Roti Buat Syria - RM 1,000

Roti Buat Syria - RM 200
Roti Buat Syria - RM 100
Roti Buat Syria - RM 50




Jom kita bantu saudara kita di Syria untuk mereka meneruskan hidup dan memberi sinar baru buat mereka. Jika kita tak mampu bantu untuk mempertahankan negara mereka, kita bantu mereka untuk boleh teruskan hidup. 


Semoga dengan perkongsian rezeki kita buat mereka menjadi salah satu daripada amalan yang tidak terputus pahalanya, saham bekalan di akhirat buat kita selepas kita meninggalkan dunia, In Shaa Allah.










Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Roti buat Syria (RM 1000)
Roti buat Syria (RM 200)
Roti buat Syria (RM 100)
Roti buat Syria (RM 50)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN