Pembinaan Sekolah Pertama di Al-Bab, Syria

Perlaburan Yang Kekal Adalah Pelaburan Akhirat.
Ambil Peluang Menjana Saham Pahala Kekal Sehingga Akhirat
Bantu Agama Allah, Allah Akan Bantu Kamu
- Surah Al - Baqarah : 261
Bagi menempatkan pelarian di utara Syria dengan tersusun, Kampung Malaysia dibangunkan di bawah Projek Perumahan Pelarian Syria di Al-Bab, Syria bagi menempatkan 100 buah keluarga.
Ia merupakan projek penempatan bersepadu dengan pelbagai infrastruktur dan kemudahan asas yang terdiri dari 100 unit rumah, jalan raya sistem kumbahan, sistem perpaipan, sebuah sekolah, sebuah telaga (Mawaddah Water Well) serta masjid dan juga sekolah.
Kami daripada MyFundAction dengan kerjasama beberapa badan pertububan dalam Malaysia sedang berusaha untuk membuat kutipan bagi membangunkan sebuah sekolah yang akan dinamakan Sekolah Jasmine As-Syams II.
SASARAN DAN JUMLAH KOS YANG DIPERLUKAN?
Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM90,000 secara berperingkat bagi membiayai keseluruhan kos pembinaan Sekolah Jasmine.
BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI?
Anda boleh memilih mana-mana pakej seikhlas hati anda:
PAKEJ A – RM1000
PAKEJ B – RM500
PAKEJ C – RM200
PAKEJ D - RM100
PAKEJ E - RM50
Kami dari MyFundAction ingin mengajak rakyat Malaysia untuk berganding bahu bagi menjayakan projek ini. Semoga rezeki yang anda kongsikan untuk pembinaan sekolah ini menjadikan anak-anak ini berilmu untuk terus memperjuangkan tanah air mereka. Allah SWT jua sebaik-baik pemberi balasan buat tuan-tuan dan puan-puan.
Untuk maklumat lanjut mengenai pertubuhan, program dan aktiviti, sila lawati:
Facebook: https://www.facebook.com/myfundaction.org
BAGAIMANA UNTUK ANDA MEMBANTU?
1. Sila pilih pakej tabung di bawah
2. Pilih Pilihan Bank untuk meneruskan transaksi Online
3. Tekan Butang "Pembayaran"
4. Anda akan dibawa ke halaman Bank dan teruskan transaksi di laman tersebut
5. Setelah berjaya, anda akan dibawa ke ruangan Terima Kasih