LEMAH BADAN, KERAP SAKIT KEPALA RUPANYA STROK AKIBAT MOYAMOYA

“Selalu mengadu tangan kiri tak boleh angkat, sakit kepala”
Strok/angin ahmar adalah penyakit berbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Berdasarkan perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anggaran hampir 20 juta orang penghidap strok di seluruh dunia pada 2001, 5.5 juta daripadanya telah meninggal dunia.
Di Malaysia, statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit strok dan kematian akibatnya. Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap strok yang sedang dirawat.
Strok tidak mengenal usia, golongan muda juga berisiko. Adik Miftahul, berusia 5 tahun kini telah menghidap strok disyaki penyakit Moyamoya sejak Mei 2020. Penyakit itu dikesan setelah ujian Angiogram dilakukan di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.
Penyakit Moya-Moya adalah suatu keadaan yang jarang berlaku di mana saluran darah (arteri karotid dalaman) yang membekalkan darah ke otak menjadi sempit atau tersumbat. Ini menghadkan aliran darah ke otak dan membuat mereka berisiko terkena strok.
Dari November tahun lepas, seluruh bahagian kiri badan adik Miftahul sudah terasa lemah. Tangan kirinya tidak dapat diangkat dan mulutnya seakan-akan kelu hendak bercakap seperti biasa namun keadaan ini berlaku cuma 10 minit sahaja dan akan pulih sendiri. Malah, ketika itu adik Miftahul dalam keadaan sedar dan tidak pengsan mahupun kena sawan. Hari demi hari bermula tahun 2020, adik Miftahul sering mengadu sakit kepala pada bahagian kanan sebelah depan. Kejadian ini berlaku 5 hingga 6 kali dalam sebulan selama 1 jam.
Badan adik Miftahul terasa seperti 'lumpuh' apabila berlaku serangan. Justeru, doktor menasihati supaya adik Miftahul melakukan pembedahan segera bagi menghindari strok daripada menyerang kembali. Pembedahan ini akan membetulkan semula saluran darah di bahagian otaknya.
Alhamdulillah, pembedahan pertama telah selamat dijalankan pada bulan Oktober lalu. Adik Miftahul perlu menjalani pembedahan kedua dan menelan kos RM5,000 untuk membiayai pembedahan dan rawatannya itu. Tambahan pula, adik Miftahul tinggal di Langkawi dan perlu ulang-alik ke Kuala Lumpur untuk rawatan. Bagi ibu bapa adik Miftahul yang bergaji kecil tidak mampu untuk membiayai seluruh kos yang diperlukan.
Kami dari MyHeart membuka tabung buat pesakit-pesakit seperti adik Miftahul yang memerlukan kos rawatan dan keperluan perubatan. Kami amat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini.
========================================
KEPERLUAN:
1. Kos pembedahan - Encephaloduroarteriosynangiosis (EDAS)
2. Kos rawatan susulan
=======================================
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (QS. Al Maidah: 32)
Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.
BAGAIMANA UNTUK ANDA BOLEH MEMBANTU ADIK MIFTAHUL SEMBUH DARI PENYAKITNYA INI?
1. Sila pilih pakej tabung di bawah
2. Pilih Pilihan Bank untuk meneruskan transaksi Online
3. Tekan Butang "Pembayaran"
4. Anda akan dibawa ke halaman Bank dan teruskan transaksi di laman tersebut
5. Setelah berjaya, anda akan dibawa ke ruangan Terima Kasih