PETI SUARA PECAH, BAYI 2 BULAN INI TERPAKSA MINUM SUSU MELALUI TIUB

PETI SUARA PECAH, BAYI 2 BULAN INI TERPAKSA MINUM SUSU MELALUI TIUB

"Sayu hati tengok anak kena minum susu pakai tiub sejak lahir"


Kecacatan jantung yang wujud sejak lahir (kongenital) terjadi dalam 8 per 1000 kelahiran. Tanda dan gejala yang ditunjukkan oleh bayi-bayi ini berbeza antara satu sama lain mengikut kecacatan masing-masing.


Adik Aafiyah dilahirkan pada 24 September 2020 di Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, Ipoh. Kelahirannya tidak seperti bayi lain kerana bahunya keluar dahulu menyebabkan kepatahan bahu kanan. Ketika dilahirkan, adik Aafiyah kebiruan, oksigen rendah dan suara tangisannya tersekat-sekat. Terus dibawa ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).


Doktor sahkan adik Aafiyah mengalami masalah jantung iaitu Dextrocardia with Situs Inversus Totalis dimana kedudukan jantungnya terbalik. Adik Aafiyah telah menjalani pembedahan pada hujung bulan September yang lalu di Institut Jantung Negara (IJN) dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sebulan.


Setelah itu, dimasukkan pula ke wad ICU Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi di Ipoh selama 2 hari dan wad biasa selama 2 hari untuk pemerhatian. Akibat daripada kesan intubasi semasa di ICU, adik Aafiyah mengalami Right Vocal Cord Palsy (peti suaranya pecah) dan terpaksa menggunakan tiub untuk minum susu melalui hidungnya. 


Berlaku kebiruan dan bernafas tercungap-cungap lepas sehari dibenarkan pulang ke rumah, terus dibawa ke hospital semula dan dimasukkan ke wad ICU selama seminggu. Sejak itu, adik Aafiyah perlu mengambil hampir 5 jenis ubatan sehingga sembuh.


Adik Aafiyah kini berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan memerlukan kos RM10,000 bagi membiayai kos rawatan, kos pengangkutan, bekalan susu formula khas dan keperluan hariannya. Bapanya hanya bekerja sebagai pemandu lori dan mempunyai tanggungan 6 orang termasuk nenek adik Aafiyah yang sedang uzur, ibunya pula suri rumah.

Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung buat pesakit-pesakit seperti adik Aafiyah bagi memenuhi keperluannya. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda, semoga dengan perkongsian kita ini adik Aafiyah dapat dirawat sehingga sembuh dan sihat seperti anak-anak kita.


Nama: Nur Aafiyah Ezaliz binti Mohd Razali

Tarikh lahir: 24 September 2020
Tempat tinggal: Pusing, Perak


KEPERLUAN:


Kos: RM10,000

1. Kos rawatan

2. Kos pengangkutan ke hospital

3. Bekalan susu formula khas

4. Keperluan harian


Allah berfirman:


“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (QS. Al Maidah: 32)


Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga. 



BAGAIMANA UNTUK ANDA MEMBANTU?

1. Sila pilih pakej tabung di bawah

2. Pilih Pilihan Bank untuk meneruskan transaksi Online

3. Tekan Butang "Pembayaran"

4. Anda akan dibawa ke halaman Bank dan teruskan transaksi di laman tersebut

5. Setelah berjaya, anda akan dibawa ke ruangan Terima Kasih




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090