BAKI RM14, 737 UNTUK KOS PEMBEDAHAN BABY JANEVEY MASIH BELUM MENCUKUPI

Alhamdulillah pembedahan telah berjaya dilakukan pada 15 September 2020, namun baki kos RM14, 737 masih belum mencukupi untuk membiayai kos pembedahan tersebut. Baby Janevey juga masih perlu menjalani rawatan susulan di hospital. Kini jumlah yang terkumpul hanya RM35,263 sahaja, masih jauh daripada sasaran yang diperlukan.
Sempena Hari Jantung Sedunia (World Heart Day), kami dari MyHeart membuka Tabung Jantung bagi menampung kos pembedahan dan rawatan susulan pesakit-pesakit jantung yang memerlukan.
Jom ramai-ramai bantu baby Janevey mencapai sasaran RM14, 737 yang diperlukannya lagi untuk membiayai kos pembedahan sekaligus kos rawatan susulannya. Baby janevey perlukan sokongan dan dorongan anda semua! Semoga bantuan anda sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga bayi ini.
Baby Janevey, disahkan menghidap penyakit jantung berlubang seawal usia 1 tahun. Pada awalnya hanya demam dan dihantar ke Hospital Keningau untuk pemeriksaan dan rawatan. Namun ibunya mendapati baby Janevey kelihatan lemas, pucat dan sukar untuk bernafas.
-
Doktor mengesahkan ada jangkitan kuman dalam darah dan terpaksa ditahan di hospital selama seminggu untuk habiskan antibiotik. Kemudian dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth. Setelah menjalani imbasan x-ray dan echocardiogram, doktor sahkan ada masalah jantung.
-
Pembedahan bayi ini menelan kos sebanyak RM50,000. Bapanya yang hanya bekerja sebagai penoreh getah dan ibunya pula suri rumah tidak mampu menampung kos ini secara tunai.
==========================================
MAKLUMAT PEMBEDAHAN
Tarikh: 15 September 2020
Tempat: Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
Kos Pembedahan/Rawatan: RM50,000
Jumlah Terkumpul: RM 35, 263
Baki Diperlukan: RM14, 737
==========================================
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (QS. Al Maidah: 32)
-
Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.