BAYI 8 BULAN PERLU JALANI PEMBEDAHAN SEGERA

“Terpaksa makan ubat setiap hari seusia 8 bulan”
Baby Yan Xii disahkan menghidap penyakit jantung berlubang seawal usia 1 bulan. Baby Xan Yii mengalami penyakit Congenital Hypothyroidism iaitu penghasilan hormon tiroid yang tidak mencukupi pada bayi yang baru lahir.
Tidak berhenti di situ, setelah berusia 5 bulan, baby Yan Xii menjalani rawatan susulan di Hospital Tawau dan mendapati terdapat 2 lubang di bahagian bawah jantungnya.
Kini sudah berusia 8 bulan, keadaan semakin teruk kerana didiagnosis pmVSD dan small secundum ASD. Baby Yan Xii akan berpeluh ketika menyusu, beratnya juga tidak naik seperti bayi yang lain.
Pembedahan perlu dilakukan segera dan memerlukan kos sebanyak RM50,000. Bapanya hanya bekerja sebagai tukang kayu dan mempunyai 4 tanggungan tidak mampu membiayai kos ini secara tunai.
Kami dari MyHeart membuka tabung jantung buat pesakit-pesakit jantung seperti baby Yan Xii bagi menampung kos pembedahan dan rawatan susulan yang diperlukan. Kami mengharapkan kerjasama anda untuk sama-sama meringankan beban keluarganya agar bayi ini dapat menjalani pembedahan dengan lancer, nyawanya dalam bahaya.
KEPERLUAN:
Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.
BAGAIMANA UNTUK ANDA MEMBANTU?
1. Sila pilih pakej tabung di bawah
2. Pilih Pilihan Bank untuk meneruskan transaksi Online
3. Tekan Butang "Pembayaran"
4. Anda akan dibawa ke halaman Bank dan teruskan transaksi di laman tersebut
5. Setelah berjaya, anda akan dibawa ke ruangan Terima Kasih