MIA SYAMILA PERLUKAN RM70,000 UNTUK JALANI PEMBEDAHAN PADA 15 OKTOBER 2020

Anak ke-6 daripada 7 adik-beradik, adik Mia berusia 5 tahun mengalami masalah jantung seawal 1 tahun. Penyakit ini mulai dikesan apabila sering demam dan paru-parunya dijangkiti kuman. Namun disebabkan keluarganya tidak mampu untuk membiayai kos yang tinggi, pembedahannya terpaksa ditunda.
Disahkan mengalami masalah jantung jenis Total Anomalous Pulmonary Venous Drainage (TAPVD) iaitu masalah jantung kongenital yang jarang berlaku dimana 4 saluran darah Pulmonary Vein tidak bersambung seperti jantung yang sihat dimana sepatutnya ke Atrium kiri tetapi sekarang bercantum dengan Atrium kanan.
Adik Mia seorang yang aktif pada awalnya, berubah setelah disahkan mengalami masalah jantung. Kini dirinya tidak boleh melakukan banyak aktiviti atau bermain lasak kerana cepat penat dan jatuh sakit.
Adik Mia perlu jalani pembedahan segera untuk membetulkan saluran darahnya dan berharap agar tidak ditunda lagi seperti sebelumnya.
Pembedahan adik Mia akan dilakukan pada bulan Oktober ini dan memerlukan kos sebanyak RM70,000. Bapanya hanya bekerja sebagai tukang rumah, kini terjejas pendapatanya kerana PKP tidak mampu membiayainya secara tunai.
Oleh itu, kami dari MyHeart mengharapkan kerjasama anda untuk bersama kami dalam usaha membantu adik Mia serta pesakit jantung yang lain agar dapat menjalani pembedahan dengan segera.
Jom ramai-ramai penuhi keinginan adik Mia untuk kembali sihat seperti kanak-kanak yang lain. Adik Mia perlukan sokongan dan dorongan anda semua! Semoga bantuan anda sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga ini.
MAKLUMAT PEMBEDAHAN
Tarikh: 15 Oktober 2020
Tempat: Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
Kos Pembedahan: RM70,000
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (QS. Al Maidah: 32)
Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.
BAGAIMANA UNTUK ANDA MEMBANTU?
1. Sila pilih pakej tabung di bawah
2. Pilih Pilihan Bank untuk meneruskan transaksi Online
3. Tekan Butang "Pembayaran"
4. Anda akan dibawa ke halaman Bank dan teruskan transaksi di laman tersebut
5. Setelah berjaya, anda akan dibawa ke ruangan Terima Kasih