PERLUKAN RM8,000 UNTUK KEPERLUAN SUSU, RAWATAN DAN UBAT-UBATAN

PERLUKAN RM8,000 UNTUK KEPERLUAN SUSU, RAWATAN DAN UBAT-UBATAN

"MULA-MULA SAYA INGAT NI ULSER..."


Puan Rahayu, 45 tahun telah disahkan menghidap kanser lidah setelah diperiksa di Klinik Kesihatan Bagan Dato' di Perak dan kini sudah masuk ke tahap ke 3.


Dirinya terpaksa menahan sakit dan pedih akibat beberapa whitespot ulser sebesar mata ikan yang berada di sekitar lidahnya. Ada pada suatu malam ketika sedang tidur, lidahnya berdarah dan darahnya kehitaman. Pendarahan ini berlaku kerana ulcer pecah dan luka.


Puan Rahayu adalah peniaga makanan. Namun disebabkan penyakit yang dihadapinya, perniagaannya tidak dapat diteruskan seperti biasa. Peluang untuk dirawat masih ada dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.





Pembedahan telah selamat dijalankan pada bulan Ogos yang lepas. Gambar di atas dihantar oleh suami puan Rahayu semasa dibawa ke bilik pembedahan sebelum bermula pembedahan.




Alhamdulillah, puan Rahayu telah sedar selepas 10 jam menjalani pembedahan pada 27 Ogos 2020. Selepas pembedahan, puan Rahayu ditahan wad lebih kurang 12 hari. Pada awalnya hanya mampu baring, semakin hari keadaannya sudah ada peningkatan. Sudah boleh duduk dan berjalan. Namun, tetap terpaksa minum air melalui tiub. 




Selepas beberapa minggu, keadaan lidahnya masih sakit. Puan Rahayu perlu menjalani rawatan susulan, paling kerap seminggu sekali di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) selama setahun. Puan Rahayu juga perlu menjalani Speech Therapy sebulan sekali sehingga pulih.


Disebabkan keadaan lidahnya yang masih sakit, Puan Rahayu terpaksa minum dalam 6 tin susu nutren diabetik sebulan kerana tidak dapat makan seperti biasa. Susu tersebut berharga RM96.00 setin. 




Sebanyak 6 tin susu yang diperlukan oleh puan Rahayu telah diberikan. Namun susu tersebut mampu bertahan untuk tempoh sebulan sahaja, puan Rahayu masih memerlukan susu untuk mengisi perut. 


Kini puan Rahayu sudah boleh mula bercakap walaupun kedengaran tidak jelas. Puan Rahayu masih perlu menggunakan tiub untuk minum, lidahnya terasa sakit untuk menelan makanan kerana jahitan benang dek pembedahan sebelum ini.



Semakin hari, stok susu Puan Rahayu semakin berkurang. Anggaran lebih kurang RM8,000 masih diperlukan untuk susu, kos rawatan susulan dan ubat ubatannya. Suaminya hanya bekerja kampung tidak mampu membiayai segala kos yang diperlukan.


Kami dari MyHeart mengharapkan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini membiayai kos tersebut. Mari sama-sama kita bantu puan Rahayu realisasikan impian supaya boleh merasa semula dan membuka kembali gerai makanan.


KEPERLUAN:


1) Susu

2) Kos Rawatan Susulan

3) Ubat-ubatan



Allah berfirman:


“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” QS. Al Maidah: 32)


Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga. 


BAGAIMANA UNTUK ANDA MEMBANTU?

1. Sila pilih pakej tabung di bawah

2. Pilih Pilihan Bank untuk meneruskan transaksi Online

3. Tekan Butang "Pembayaran"

4. Anda akan dibawa ke halaman Bank dan teruskan transaksi di laman tersebut

5. Setelah berjaya, anda akan dibawa ke ruangan Terima Kasih


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090