BAKI RM40,000 UNTUK KOS PEMBEDAHAN ADIK RAIS MASIH BELUM MENCUKUPI

BAKI RM40,000 UNTUK KOS PEMBEDAHAN ADIK RAIS MASIH BELUM MENCUKUPI

Alhamdulillah pembedahan telah berjaya dilakukan pada 14 September 2020, namun baki kos RM40,000 masih belum mencukupi untuk membiayai kos pembedahan tersebut. Adik Rais juga masih perlu menjalani rawatan susulan di hospital. Kini jumlah terkumpul adalah RM 30,000, masih jauh daripada sasaran yang diperlukan.

Sempena Hari Jantung Sedunia (World Heart Day), kami dari MyHeart membuka Tabung Jantung bagi menampung kos pembedahan dan rawatan susulan pesakit-pesakit jantung yang memerlukan. 


Jom ramai-ramai bantu adik Rais capaikan sasaran RM70,000 yang diperlukan untuk membiayai kos pembedahan sekaligus kos rawatan susulannya. Adik Rais perlukan sokongan dan dorongan kita, kami sangat mengalu-alukan kerjasama anda semua. Mereka menunggu bantuan kita!



Muhammad Rais Shaqif berusia 3 tahun disahkan menghidap penyakit jantung berlubang seawal usia 1 bulan. Penyakit mula dikesan setelah dimasukkan ke Hospital Sultanah Fatimah, Muar.


Nafasnya bising seakan berdengkur dan didapati tangan dan kakinya kebiruan. Setelah diimbas, tekanan oksigen sangat rendah iaitu SP02 62%. Disebabkan itu, adik Rais terpaksa bergantung pada mesin oksigen dan ditahan di hospital selama 3 bulan.

Setelah imbasan x-ray dilakukan, doktor sahkan ada masalah jantung. Masalah jantung yang dihadapi oleh adik Rais ini sangat rumit dan jarang ditemui iaitu masalah Transposition of the Great Arteries (TGA) dan Pulmonary Atresia with Ventricular Septal Defect (PA-VSD).

Kini, adik Rais cepat berasa penat dan kurang aktif. Pemakanannya harus dikawal ketat supaya tidak mempengaruhi kesihatannya. Adik Rais juga perlu makan ubat cair darah setiap hari.


Sebelum ini, adik Rais telah menjalani pembedahan pertama dan kedua di Hospital Gleneagles. Pembedahan yang akan dijalankan ini adalah pembedahan ketiga. Pembedahan ini memerlukan kos sebanyak RM70,000. Namun, bapanya yang hanya bekerja sebagai pemandu lori tidak mampu menampung kos ini.

==========================================

MAKLUMAT PEMBEDAHAN

Tarikh: 14 September 2020

Tempat: Hospital Gleneagles Kuala Lumpur

Jenis Pembedahan:

1) Cardiac Catheter

2) Glenn Shunt

Kos Pembedahan/Rawatan: RM70,000
Jumlah Terkumpul: RM30,000
Baki yang perlu dijelaskan : RM40,000


==========================================


Allah berfirman:

“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”

(QS. Al Maidah: 32)


Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090