[BANTU PENIAGA KECIL BANGKIT SEMULA DENGAN SPECIAL IFTAR FOR UMMAH ]
https://postimg.cc/zypHPX3Y
Pandemik COVID-19 tahun lalu jadi satu titik hitam buat para peniaga terutama usahawan kecil dan sederhana. Ada yang terpaksa hentikan operasi serta-merta sehingga menjurus kepada kehilangan punca pendapatan sepanjang musim PKP.
Mereka berdepan saat paling mencabar. Rata-rata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu bertahan kurang dari 3 bulan disebabkan aliran tunai yang tidak mencukupi.
Masing-masing mencari jalan untuk selamatkan perniagaan mereka. Platform atas talian jadi medium utama untuk kembangkan perniagaan. Namun, tidak semua peniaga mampu berbuat sedemikian atas beberapa faktor seperti peniaga lecil-kecilan di kedai makan.
Sekiranya berada di tempat mereka, apa yang anda lakukan?
Kebiasaannya, bulan Ramadhan jadi lubuk rezeki buat para peniaga menjana pendapatan untuk keluarga. Kebanyakan mereka cuba bangkit semula untuk membina.
MyFundAction bersama Food For Hunger (FFH) ingin mengajak anda semua memberi sokongan buat PKS di serata Malaysia. Hasil kebersamaan anda membuka pintu rezeki kepada seramai 35 usahawan mikro. Mereka akan bantu menyalurkan hidangan berbuka puasa buat golongan yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Perak, serta Pahang sepanjang bulan Ramadhan termasuk:
- Asnaf
- Gelandangan
- Penghantar makanan (rider Grab, FoodPanda)
- Anak yatim
- Orang Asli
Keberkatan bulan yang mulia ini kita kongsi bersama. Kalau hari ini nilai RM50 sudah tidak lagi berharga seperti dulu, tapi ia boleh bertambah menjadi EMPAT kali ganda. Jumlah ini cukup untuk menyediakan juadah berbuka untuk sebuah keluarga.
Diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya:
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.”
[Riwayat Al-Tirmizi (807)]