
RAHSIA ORANG SOLEH TERDAHULU MERAIH LAILATUL QADAR
Pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan, ramai yang berebut-rebut untuk mengerjakan semua amal ibadah sehingga terlupa akan 1 fadhilat yang akan menyelamatkan manusia di akhirat kelak.
Amalan itu adalah amalan berkongsi rezeki dalam bulan Ramadhan. Ganjaran berkongsi rezeki di bulan Ramadhan amatlah benilai apatah lagi apabila amalan ini jatuh pada malam lailatul qadar, pahalanya umpama kita berkongsi rezeki selama 1000 bulan.
Beginilah para salafus soleh pada zaman dahulu mengejar keberkatan di bulan Ramadhan. Pastinya, kita tidak mampu mengikut amalan-amalan lain orang terdahulu tetapi amalan berkongsi rezeki ini antara amalan paling ringan dikerjakan tetapi pahalanya berlipat kali ganda.
Ayuh sama-sama kita manfaatkan waktu berbaki dalam bulan Ramadan ini.
Aisyah radhiallahuanha berkata,
"Apabila memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan) Nabi SAW mengencangkan sarungnya (untuk menjauhi para isteri beliau dari berkumpul), menghidupkan malam-malam tersebut dan membangunkan keluarganya."
(HR. Bukhari dan Muslim)
__________________________________________________
10 MALAM TERAKHIR RAMADAN, MEREKA SEDANG LALUI RAMADAN YANG MENGHIRIS JIWA

" Perumpamaan orang - orang yang menderma (sedeqah) harta bendanya di jalan Allah, seperti ( orang yang menanam ) sebijih benih yang menumbuhkan 7 untai dan tiap - tiap untai dapat 100 biji dan Allah melipat kali gandakan ( balasan ) kepada orang yang berkehendaki , dan Allah Luas ( anugerahNya ) Lagi Maha Mengetahui "
(Surah Al - Baqarah : 261)
_________________________________________
SPECIAL IFTAR FOR UMMAH
![]()

Oleh itu, MyFundAction dengan kerjasama Food For Hunger tampil bagi membantu meringankan sedikit beban mereka dengan kempen Special Iftar For Ummah ini. Insya Allah dengan sasaran 200,000 pek makanan juadah berbuka puasa diedar di Malaysia, Indonesia, Yaman, Syria, Mesir, Jepun, Palestine dan New Zealand.
KENAPA PERLU BANTU MEREKA?
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
(QS. Al Maidah: 32)
__________________________________________________
