[MASIH ADA YANG TIDAK PERNAH MAKAN LAUK DAGING]

 

Kita semua sedia maklum bahawa negara kita Malaysia sekali lagi menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh. Sekaligus mengetatkan lagi Standard Operating Procedure (SOP) oleh pihak kerajaan.


Dengan SOP yang semakin ketat ini sudah semestinya menyebabkan kekangan yang bakal dihadapi ketika hari raya korban yang bakal tiba tidak lama lagi. Sepertimana yang kita tahu, kita tidak dibenarkan untuk mengadakan aktiviti berkumpulan di satu – satu tempat. 


Hal ini juga akan menyebabkan daging – daging korban sukar untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan terutamanya kepada golongan asnaf. 


 


Oleh itu, MyFundAction bersama Food For Hunger mengambil initiatif untuk membantu golongan – golongan asnaf dengan menyediakan pek qurban. 


Pek qurban yang dihasilkan daripada program Qurban Care For Ummah (QC4U) disediakan dalam pek makanan ‘ready to eat’ dengan kaedah pembungkusan teknologi retort mampu membuatkan daging qurban tersebut bertahan untuk tempoh 2 tahun.


 Pek qurban ini juga akan diedarkan kepada golongan asnaf, mangsa bencana alam, mangsa peperangan di luar negara dan ramai lagi yang memerlukan.


Oleh itu, kami ingin mengajak anda bersama kami dalam menjayakan misi ini. Anda boleh memilih beberapa pakej yang disediakan di bawah untuk terus berkongsi rezeki bersama kami. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi senyuman buat mereka yang menerima pek qurban ini.


 

Rasulullah juga telah mengatakan bahwa

“Tidaklah dikatakan beriman orang yang tidur dalam kondisi perut kenyang, sementara tetangganya kelaparan.”

(HR Ath-Thabrani)



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
25 PEK RM500
15 PEK RM300
5 PEK RM100
1 PEK RM20
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090