Bayar Fidyah Online di Bulan Ramadan
Apa yang dimaksudkan dengan Fidyah?
Fidyah ialah bayaran yang dikenakan bagi seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.
Cuba tengok balik dalam checklist Ramadan kita, a da tak kita selitkan tentang "Fidyah"?
Fidyah wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
Jika tidak ditunaikan akan menjadi tanggungan hutang kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا
Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)
Semua orang ke perlu bayar Fidyah?
Fidyah dikenakan hanya ke atas golongan-tertentu. Antaranya:
Pengiraan Fidyah
Formula Kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah]
7Hari x RM4.00 = RM28.00
Formula Kiraan: [(Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]
(7Hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.00
Kita dah tahu apa itu Fidyah. Jadi, apa kita tunggu lagi? Di bulan Ramadan ini, ayuh tunaikan kewajipan dan langsaikan hutang Fidyah kita bersama MyFundAction.
Setiap Fidyah yang dibayar akan disalurkan dalam bentuk barangan makanan asas (Rezeki Ummat) untuk diberikan kepada fakir dan miskin yang memerlukan.
Kongsi Rezeki Ramadan bersama MyFundAction
MyFundAction turut menyediakan pakej khas ialah Rezeki Ramadan sebagai peluang untuk semua menggandakan pahala di bulan Ramadan ini.
Buat pengetahuan semua, setiap pembayaran untuk pakej ini akan disalurkan kepada program berbuka puasa, Special Iftar for Ummah dan juga bantuan barangan asas isi rumah buat mereka yang memerlukan.