Laksanakan Ibadah Qurban Di Afrika Bersama MyFundAction
Sebut saja Afrika, pasti ramai tahu betapa sempitnya hidup penduduk di sana. Afrika dikategorikan dalam 10 negara termiskin di dunia.
Hampir kesemua kanak-kanak di sana kurus kering dan tidak sihat kerana tidak cukup makan dan tiada bekalan nutrisi.

Di tambah pula dengan kemarau dasyat, habis tanaman dan ternakan mereka kering dan mati. Mereka hilang sumber bekalan makanan.
Tapi alhamdulillah masih ada lagi harapan kerana tahun ini, MyFundAction akan mengadakan kempen Qurban Care For Ummah(QC4U) dan Afrika adalah antara salah satu negara yang menerima manfaat tersebut.
MyFundAction menyasarkan untuk lakukan qurban di Afrika pada tahun 2023 dengan sasaran sebanyak 1000 ekor kambing buat keluarga fakir di Afrika di:
- Somali Land
- Malawi
Sekurang-kurangnya usaha ini dapat membantu meringankan sedikit beban penduduk di sana yang kebuluran dan memerlukan.
Cuba bayangkan kegembiraan di raut wajah-wajah mereka di Afrika. Tambah pula, pahala hasil usaha kita ini pastinya akan berganda.
Ayuh semua, sempurnakan ibadah korban anda dengan hanya RM650 bagi 1 ekor kambing.
Anda hanya perlu daftar sahaja dan segala pengurusan qurban akan diuruskan oleh pihak MyFundAction, daripada proses sembelihan hingga pengagihan daging.
Dan di penghujung kempen, akan akan menerima sijil penyertaan QC4U beserta gambar.
Ini peluang keemasan buat kita. Ayuh semua ‘Jiwa Baik’, kita berikan sokongan padu dan mulakan ibadah korban ini daripada sekarang.
Hubungi nombor yang tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan lanjut:
ADMIN QC4U