KOS SARA HIDUP TINGGI, TAMBAH KEGUSARAN KETUA KELUARGA
Hati ayah mana yang tidak gusar, sekiranya keluarganya tidak cukup makanan keperluan seharian?
Kalau hari ini kita ke pasaraya untuk beli barang keperluan, RM 100 belum tentu cukup untuk penuhkan satu troli. Manakan tidak perbelanjaan harian sudah meningkat lebih satu kali ganda!
Baru-baru ini harga sekilo ayam mencecah RM9 sekilo, harga beras 10kg yang sebelumnya sekitar RM25 kini berharga hampir RM40.
Golongan miskin bandar kini semakin terhimpit dengan kenaikan harga barang.
Penuhi Keperluan Mereka Bersama MyFundAction
Projek Rezeki Ummat, RU merupakan projek MyFundAction untuk membekalkan makanan asas kepada golongan berpendapatan rendah. Kami sentiasa konsisten menyampaikan manfaat buat rakyat Malaysia yang terbeban dengan kos perbelanjaan harian yang semakin melambung tinggi.
TERIMA KASIH #JIWABAIK KONGSI REZEKI DENGAN MEREKA!
Apa kita usahakan bersama mungkin tidak dapat keluarkan mereka daripada kemiskinan. Akan tetapi, mereka boleh menggunakan wang sedia ada untuk menampung barangan lain seperti yuran sekolah dan sebagainya.

![]()
Jom Jiwa Baik, salurkan barangan keperluan asas untuk saudara kita. Moga dengan kebaikan kita, tiada keluarga lagi yang mengikat perut demi memastikan esok harinya masih berbaki makanan.

Hadirkan kebahagiaan buat mereka yang memerlukan
PAKEJ 1 - Bantu 5 Keluarga: RM750
PAKEJ 2 - Bantu 3 Keluarga: RM450
PAKEJ 3 - Bantu 1 Keluarga: RM150
PAKEJ 4 - Kongsi Rezeki: RM50
PAKEJ 5 - Seikhlas hati