URGENT!
Mesin Oksigen Kini Jadi 'Nyawa' Buat Bayi Berusia 1 Bulan
Sekelip mata keadaan berubah. Doktor sahkan ada masalah jantung berlubang menyebabkan baby Eshal sukar bernafas dan berisiko untuk mati jika tidak dirawat segera.

Sukar Bernafas & Cepat Penat Antara Petanda Awal
Baru sahaja 8 hari dilahirkan, baby Eshal terpaksa dikejarkan semula ke hospital akibat bacaan kuning yang tinggi sehingga mencecah 8 mg/dL (normal: 5mg/dL). Hati ibu mana tidak hancur melihat anak yang dikandung 9 bulan menahan sakit. Kini, hanya mampu melihat bayi kecilnya terbaring lemah di katil hospital.
Sewaktu di dalam wad, ibunya perasan dada baby Eshal melekuk ke dalam tiap kali bernafas. Seakan terseksa untuk menghirup udara.

Gambar baby Eshal sewaktu demam kuning
Bahkan Baby Eshal juga kerap keletihan selepas menyusu, seakan terpaksa menggunakan tenaga lebih untuk bergerak.
Makin hari keadaannya semakin memburuk sehingga memerlukan bantuan oksigen yang lebih kuat.
Sehinggalah setelah didiagnosis, doktor mendapati baby Eshal mempunyai masalah jantung yang serius!

Baby Eshal Perlukan Rawatan Segera untuk Terus Hidup!
Setelah hampir sebulan ditahan di hospital, baby Eshal masih lagi terlantar bergantung mesin oksigen. Tubuh kecilnya lemah dan tidak berdaya. Wajah Eshal tampak semakin pucat, dan bunyi bip mesin menjadi teman setia.

Setiap titisan air mata yang mengalir tidak tergambar penderitaan yang dihadapi. Baby Eshal perlu jalani pembedahan segera.
Jika tidak, risiko kegagalan jantung dan tumbesaran akan terbantut. Paling teruk, mungkin terpaksa menghadapi kenyataan yang paling ditakuti, iaitu ESHAL AKAN KEHILANGAN NYAWA!

Mari Hentikan Penderitaan Baby Eshal Sekarang!
Kos rawatan sangat tinggi buat keluarga baby Eshal yang hanya bergantung pada bapanya sebagai tunggak pendapatan keluarga.
Ayuh bantu ringankan beban mereka dengan harapan baby Eshal dapat pulih seperti bayi lain.
“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.”
(Riwayat Muslim (2699))

Gambar sewaktu sihat
Disclaimer:
1) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat sekurang-kurangnya RM50, layak untuk memohon pengurangan cukai.
2)
Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit
dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di
Facebook @MyHeartVolunteers.
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.