
Derita yang dilalui Mikail belum berakhir lagi.
Seawal 10 bulan lagi, kaki Mikail telah disimen yang menjadikan sehingga ke harini, kira-kira sudah 37 kali. Doktor memberitahu, pembedahan kedua perlu dijalankan untuk potong urat kaki sebelah kanan dan cantum ke buku lali sebelah kiri. Tetapi, pembedahan ini tidak dapat dijalankan dalam masa yang terdekat sebelum adik Mikail mencapai umur 4 tahun kerana risiko pembedahan amat tinggi.
Sebelum ini, MyFundAction pernah membantu adik Mikail untuk keperluan harian seperti susu khas, lampin dan juga kos rawatan namun siapa sangka keadannya tidak memberansangkan. Sebaliknya, adik Mikail memerlukan tambahan keperluan untuk terus hidup. Jadi, kami sekali lagi memerlukan sokongan anda semua untuk jadi "pembekal semangat" buat Mikail melawan penyakitnya.
Hati ibu mana yang sanggup melihat anaknya sakit?
Impian seorang ibu, mahu anak-anaknya membesar dengan sihat di depan mata.
Jom #jiwaBaik bantu ibu Mikail capai hasratnya yang inginkan anaknya berjalan seperti kanak-kanak 'normal' yang lain melalui sokongan pakej-pakej dibawah:
KOS KEPERLUAN MIKAIL RAFANZA: RM10,000
Susu khas dan lampin (RM5,000+-)
RM150/bahagian
Kasut khas dan keperluan lain (RM2,000+-)
RM100/bahagian
Peralatan dressing (RM3,000+-)
RM50/bahagian
*Bantuan keperluan adalah selama 6 bulan*
Disclaimer:
1) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
2) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.