Bersalin Normal, Tiada Komplikasi,
Tapi Kedua-dua Kaki Bengkok
Ali Iskandar Bin Mohamad Irfan telah dilahirkan secara normal seperti kanak-kanak biasa. Sehinggalah selepas bersalin, doktor mula menyedari ada sedikit kelainan pada kakinya dimana kedua-duanya bengkok. Di sinilah bermulanya episod duka si kecil yang berusia 4 tahun, anak kelahiran Besut ini.
Setelah sahaja dilahirkan, si kecil Ali perlu dibawa ke hospital setiap minggu untuk menukar simen yang telahpun dipasang dari kaki sehingga ke lutut! Bayangkan sejak bayi, berulang-alik setiap minggu ke hospital untuk menukar simen kaki. Tidak terbayang sakit dan pasti tumbesaran adik Ali tidak seperti kanak-kanak lain.
Pelbagai Ikhtiar Diambil, Masih Tiada Perubahan,
Malah Kaki Semakin Membengkok
Sejak tahun 2020, pelbagai rawatan dan ikhtiar telah dilakukan namun hasilnya tetap menghampakan. Sehinggalah pada tahun ini, ibu bapa Ali mengambil inisiatif untuk merujuk doktor pakar supaya menjalankan pembedahan lanjut sebelum Ali memulakan sesi persekolahannya tahun hadapan.
Risiko Cacat Seumur Hidup,
Perlu Dapatkan Rawatan RM30k Segera!
Siapa yang sanggup melihat anaknya terseksa seumur hidup? Apatah melihat si anak diejek rakan sebaya, tentunya memberi kesan negatif kepada mental mereka.
Oleh itu, Ali harus dirawat segera pada bulan Ogos ini bagi membolehkan dia ke sekolah dengan kaki yang sihat.
Sekiranya tiada sebarang komplikasi, InshaaAllah adik Ali dapat berjalan menggunakan tapak kakinya seperti kanak-kanak biasa.
Bapa Ali hanya bekerja sebagai pembantu awam, manakala ibunya pula bekerja sambilan di kedai makan. Sememangnya tidak mampu untuk menampung kos rawatan yang besar, selain perlu menjaga seorang lagi anak mereka yang masih bersekolah.
KOS DIPERLUKAN: RM32,000
RM250/bahagian
RM100/bahagian
Keperluan Asas Lain (RM2,000+-)
(Susu dan Pampers)
RM50/bahagian
*Bantuan keperluan akan disalurkan selama 6 bulan*
Bantu Adik Ali Capai Impiannya
untuk ke Sekolah dengan Ceria!
Mari bersama kita bantu adik Ali Iskandar mencapai impiannya untuk ke sekolah dengan kaki yang sihat. Semoga berkat bantuan yang diberi, Allah permudahkan segala urusan dan kesulitan kita di samping memberikan cahaya baru buat adik Ali.
Amiin ya rabbalalamin.
Disclaimer:
1) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
2) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.