Khidmat Kesihatan Percuma untuk 
10,000 Pesakit



Kesihatan merupakan harta yang tidak ternilai. Malangnya, tidak semua golongan berpeluang merasai nikmatnya dengan mudah sekali terutamanya golongan berpendapatan rendah di luar bandar. Seringkali kami mendengar luahan mereka terpaksa memilih untuk mengabaikan kesihatan atas beberapa faktor. 

Kos rawatan home dressing yang tinggi 


Doktor sedang menukar beg stoma Encik Murugesa


Encik Murugesa, ketua keluarga yang kini terlantar akibat kanser usus. Sebahagian ususnya telah dibuang akibat sel kanser. Doktor telah tebuk lubang pada perut untuk membuang najis menggunakan beg stoma. 

Atas nasihat pakar, luka ususnya boleh terkena jangkitan jika banyak bergerak. Keluarga ini hilang sumber pendapatan tetap dan tidak mampu menampung kos perkhidmatan home nursing yang mencecah RM150-300/bulan. 

Gusar tak dapat sambung belajar kerana jaga ayah 


Sedih terpaksa susahkan anaknya yang kini sedang mengambil SPM


Gusar hati Encik Hamdan yang kini kabur penglihatan akibat kencing manis tahap kronik sejak 2022. Dia tidak boleh keluar mencari rezeki kerana kedua-dua belah kaki bengkak dan luka yang lambat sembuh. 

Hanya ada anak lelaki angkatnya sahaja untuk bergantung setelah kematian isteri, tetapi dia bakal menduduki SPM tahun ini. 

Besar hasrat Encik Hamdan jika ada pihak yang boleh memudahkan rutin harian agar anak lelakinya tidak perlu risaukan keadaan dirinya dan fokus terhadap pelajaran. 

Kami di MyFundAction berbesar hati melancarkan Klinik Bergerak MyHeart atau mobile clinic. Berkonsepkan kereta pacuan empat roda yang diubahsuai dan dilengkapi dengan peralatan perubatan, klinik ini menyediakan perkhidmatan perubatan rumah ke rumah dan pemeriksaan kesihatan kepada komuniti secara PERCUMA.  

Cinque Terre Forest Northern Lights

Antara khidmat kesihatan yang terdapat di dalam Klinik Bergerak MyHeart seperti:

1. Perkhidmatan rawatan pesakit luar
2. Perkhidmatan rawatan kecemasan ringan
3. Perkhidmatan saringan kesihatan dan khidmat nasihat
4. Perkhidmatan pendidikan dan promosi kesihatan
5. Notifikasi penyakit berjangkit
6. Perkhidmatan farmasi


Bagi mewujudkan kesedaran terhadap kesihatan dalam masyarakat, Klinik Bergerak MyHeart turut berfungsi untuk menjalankan saringan kesihatan dalam komuniti supaya dapat mengesan penyakit lebih awal. 


Khidmat saringan kesihatan percuma untuk masyarakat termasuk: 

- BMI

- Pemeriksaan Tekanan Darah/Gula Darah/Kolestrol

- Konsultasi Kesihatan

- Perkhidmatan Kesihatan Bagi Pesakit Luar








Mencegah lebih baik daripada merawat. Bagi menjayakan KIinik Bergerak MyHeart ini, kami memerlukan sokongan besar anda untuk membiayai kelengkapan perubatan dan ubat-ubatan yang akan diberikan kepada pesakit semasa rawatan. 


Kebaikan anda mampu menyediakan akses kesihatan lebih baik kepada hampir 10,000 orang kurang berkemampuan. Ayuh bersama kami membantu komuniti dan mereka yang memerlukan dalam jangka masa yang panjang. 

Semoga Allah memberkati setiap rezeki yang anda kongsikan bersama mereka. 




PERMOHONAN PERKHIDMATAN KLINIK MOBIL MYHEART




Servis yang diberikan:


1. Cuci luka kencing manis / kemalangan

2. Tukar tiub makan atau kencing

3. Rawatan-rawatan yang diperlukan oleh pesakit terlantar


Syarat dan kriteria kelayakan:


1. Warganegara Malaysia dan tinggal di daerah Klang, Petaling dan Kuala Langat.

2. Tergolong dari kelompok B40, iaitu pendapatan isi rumah bulanan ialah RM 3,000 kebawah (termasuk sokongan ahli keluarga, bantuan kerajaan dan sumber pendapatan lain) dan tidak mampu membayar servis yang diperlukan.

3. Memerlukan rawatan dirumah kerana keterbatasan fizikal dan kenderaan.

Sekiranya Tuan/Puan memerlukan perkhidmatan dan melepasi syarat seperti yang dinyatakan diatas, Tuan/Puan boleh mengisi borang melalui link dibawah: 

Borang Permohonan Perkhidmatan Klinik Bergerak


Disclaimer:

1)   Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit   dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di  Facebook @MyHeartVolunteers. 

2) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.

3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.


Attention! Please complete the form.

Required fields

DONATION OPTIONS

Option Quantity Value (RM)
TABUNG MYHEART RM500
TABUNG MYHEART RM250
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM 30
TOTAL
GRAND TOTAL (RM)
Merchant Service Charge (RM)

DONOR DETAILS

DONATION DETAILS


Organization Info

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090