[BADAN BAYI INI MULA MEMBIRU, RM80K DIPERLUKAN UNTUK KOS PEMBEDAHAN SEGERA!]
Adik Firdaus berusia 1 bulan, anak ketiga daripada 3 orang adik beradik. Sewaktu dalam kandungan, adik Firdaus tidak dikesan mempunyai masalah jantung. Adik Firdaus seperti bayi normal yang lain, boleh minum susu dengan baik, boleh senyum dan gelak.
Setelah sebulan lahir, bapa adik Firdaus mendapati nafas anaknya seperti tidak normal. Pada 20 Mei 2021 yang lalu, adik Firdaus mula susah bernafas dan kulit badan mula membiru. Bebola matanya juga dilihat ke atas, ibu bapanya terus bawa adik Firdaus ke bahagian kecemasan Hospital Ampang.
Setelah diperiksa, Doktor mengesahkan adik Firdaus mempunyai masalah jantung dan perlu dibedah dengan segera.
Salur darah utama pada jantung adik Firdaus terbalik. Darahnya banyak berkumpul di paru-paru tetapi disebabkan dia mempunyai 2 lubang pada jantungnya yg menghubungkan darah oksigen dan darah kurang oksigen, adik Firdaus boleh bertahan selama sebulan sahaja lagi.
Pada 25 Mei 2021, adik Firdaus dihantar ke Hospital Serdang untuk satu pembedahan kecil bagi membesarkan lubang yang ada sementara menunggu pembedahan besar. Tujuan besarkan lubang yg ada supaya lebih banyak darah oksigen dan darah kurang oksigen yang bercampur.
Semestinya setiap pesakit yang mengalami masalah ini pasti perlu melalui pembedahan akan tetapi bagi kes adik Firdaus, keluargannya tidak mampu membiayai seluruh kos pembedahan yang memerlukan RM80,000.
Melihat kepada perkara ini, kami daripada MyFundAction dengan kerjasama daripada MyHeart membuka tabung untuk kutipan untuk membiayai pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga adik Firdaus.
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
(QS. Al Maidah: 32)