WAKAF TANGKI AIR UNTUK ASNAF KG SUNGAI RENGAT : 

TERPAKSA TUNGGU 2 HARI UNTUK BIAR KELADAK MENDAP, SEBELUM DITAPIS UNTUK DIMINUM




Sejak setahun yang lalu, penduduk Kampung Sg Rengat yang rata-ratanya adalah asnaf Muslim, tidak ada sumber air bersih asbab projek pembalakan yang dijalankan. Oleh itu, mereka terpaksa ‘menapis’ air untuk kegunaan harian termasuk untuk masak, minum, berwuduk, serta keperluan lainnya.


RM 50 TEMPAH SATU NAMA BINA EMPANGAN  DAN TANGKI AIR.



Orang yang mewakafkan hartanya akan diganjarkan pahala berkekalan selama mana harta wakaf itu masih ada dan terus dimanfaatkan serta tidak musnah.


Sudah tentu ia berbeza dengan sedekah lain. Contohnya, seseorang mewakafkan wang RM10 untuk pembinaan empangan dan tangki air. Selagi empangan dan tangka air itu kekal, selagi itu pahala akan mengalir kepada pewakafnya.


Apatah lagi setiap titisan air itu akan memberi manfaat kepada penggunanya untuk dapat berwuduk dengan sempurna, serta menggunakannya sebagai sumber bersih untuk makan dan minum demi menjamin kesihatan yang lebih baik berbanding sekarang.



Gambar sebenar : Situasi yang terpaksa dihadapi oleh penduduk Kampung Sungai Rengat.


Kempen yang memerlukan peruntukan sebanyak RM25,000 ini adalah untuk membina empangan kecil, tangki air dan sistem perpaipan di Kampung Sungai Rengat. 


Sebelum ini ada tangki air dikawasan tasik yang dibina oleh pihak kerajaan, namun sumber tersebut agak terhad dan penduduk terpaksa berjalan kaki sekitar 1-2km untuk pergi ke tasik tersebut. Mereka juga perlu beratur panjang untuk mendapatkan bekalan air. 


Disebabkan aktiviti pembalakan yang berlaku, sumber air yang diharapkan tadi sudah tidak lagi bersih.  Oleh sebab itulah, penduduk kampung mencadangkan untuk membuat 1 empangan kecil diatas bukit yang jaraknya 3km dari kawasan kampung tersebut sebagai sumber air bersih yang baru.



Gambar sebenar : Air kuning yang digunakan untuk aktiviti seharian. Nasi yang ditanak juga pernah berwarna kekuningan disebabkan dimasak menggunakan air yang keruh ini.


Air bersih ini juga diperlukan untuk kegunaan aktiviti keagamaan di surau yang dibina oleh pihak kerajaan. Disebabkan ketiadaan air bersih, aktiviti di surau kebanyakannya terpaksa ditangguhkan. Antara aktiviti yang dijalankan di surau ialah kelas fardhu ain, kelas mengaji dan sebagainya. 


Selain daripada itu, apa yang lebih menyayat hati adalah proses mandi jenazah juga terpaksa menggunakan air sungai keruh yang telah dibiarkan keladaknya mendap berhari-hari sebelum ditapis untuk digunakan.


Mereka tidak mempunyai  sumber air yang bersih untuk mengambil wudhuk sebelum melakukan aktiviti kerohanian. Aktiviti ini menjadi rutin harian mereka kerana semua penduduk kampung ini adalah merupakan asnaf beragama Islam.


SISTEM EMPANGAN DAN PERPAIPAN YANG AKAN DIBINA



Melalui projek wakaf pembinaan ini, seramai 80 penduduk kampung Sungai Rengat ini akan menerima bekalan air bersih bagi kegunaan harian mereka. Sebuah tangki yang boleh menampung lebih kurang 1,500L air bersih setiap hari. Beberapa paip air akan disambung dari tangki air dan dipasang di hadapan beberapa buah rumah. 


Sebagai contoh, 1 paip akan dipasang untuk kegunaan 3-4 buah rumah. Sistem perpaipan tidak dapat dipasang di setiap rumah disebabkan kebanyakan rumah di sini adalah diperbuat daripada buluh. 


Penduduk kampung turut mencadangkan untuk membuat 1 empangan kecil diatas bukit yang jaraknya 3km dari kawasan kampung tersebut sebagai sumber air bersih yang baru.


Pada saat ini, mereka terpaksa mengambil air dari sungai yang kotor untuk digunakan.


MENGAPA PROJEK WAKAF INI PERLU DISEGERAKAN?



[✔️] Menyukarkan aktiviti seharian kerana terpaksa tunggu berhari-hari untuk mendapatkan air bersih sebelum ditapis.

[✔️] Projek surau terpaksa dikurangkan kerana air bersih terpaksa di simpan (reserve) untuk kegunaan mandi jenazah apabila diperlukan.

[✔️] Penduduk kampung mengalami sakit kulit dan cirit-birit.

[✔️] Berisiko boleh menyebabkan tahap kesihatan mereka terjejas dan mungkin menyebabkan kematian terutamanya anak-anak kecil di sana.



Justeru, kami daripada MyFundAction ingin mengajak anda semua berganding bahu, berkongsi rezeki bagi menyediakan sistem tangki air dan perpaipan yang baik buat penduduk kampung ini.


Kita cuma perlu sepakat seramai 833 pewakaf dengan nilai wakaf serendah RM50 sahaja untuk menjayakan projek pembinaan empangan, tangki air dan sistem perpaipan di Kampung Sungai Rengat, Gerik, Perak


Kami membuka peluang buat anda untuk beramal, kerana sesungguhnya wakaf yang disalurkan ini akan menjadi saksi amal jariah kita di akhirat kelak.

Tuan/Puan boleh memilih pakej di bawah :



BAGAIMANA INGIN BERWAKAF #KONGSIREZEKI?



Anda boleh memilih mana-mana pakej wakaf seikhlas hati anda:


PAKEJ A (Wakaf 10 nama) - RM500

PAKEJ B (Wakaf 5 nama)   - RM250

PAKEJ C (Wakaf 2 nama)   - RM100

PAKEJ D (Wakaf 1 nama)   - RM50


Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.


Bank : MAYBANK

Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction)

No akaun : 5505 1097 0248


Sila letakkan rujukan “Tangki Air“


Ayuh kita bersama-sama persiapkan saliran air buat kegunaan harian mereka beribadah. Moga Allah merahmati kalian dengan usaha ini. Bayangkan betapa besarnya manfaat yang dapat dirasai oleh ummat dengan pembinaan empangan dan tangka air ini.


Keterlibatan dan keprihatinan anda didahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya.


Untuk maklumat lanjut mengenai pertubuhan, program dan aktiviti, sila lawati:

Facebook: https://www.facebook.com/myfundaction.org


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PAKEJ A (WAKAF 10 NAMA)
PAKEJ B (WAKAF 5 NAMA)
PAKEJ C (WAKAF 2 NAMA)
PAKEJ D (WAKAF 1 NAMA)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090