INILAH AIR MINUM, MAKAN DAN MANDI BUAT PENDUDUK KAMPUNG SINI"

HAKIKAT INI TAK SIAPA YANG TAHU…
Siapa sangka, 1 kolam dan 1 telaga yang menjadi tadahan hujan di sini dikongsi oleh hampir 80 orang penduduk kampung Mapan Mapan Laut, Pitas Sabah. Kerana itu saja sumber air yang paling bersih yang mereka mampu perolehi.
Air minum, kegunaan masak, mandi dan basuh kain semuanya ambil dari sumber yang sama. Tiada sistem perpaipan, air perlu diambil, ditimba dan dicedok setiap hari.
Penduduk kampung majoriti terdiri daripada nelayan. Sementara si suami turun ke laut, anak-anak dan isteri akan berulang-alik 10 minit perjalanan untuk mengambil bekalan air.
Hal ini sangat menyukarkan kehidupan seharian mereka kerana terpaksa berulang mengambil air serta dikhuatiri diserang binatang ketika melalui hutan di mana lokasi perigi itu berada.
Jika mahukan air yang bersih, mereka perlu ke Pekan Pitas yang memakan 1 jam 30 minit masa perjalanan, tetapi tidak semua yang mampu menampung kos air bersih dan kos perjalanan.
TIADA AIR BERSIH, HANYA MENGHARAPKAN AIR KOLAM DAN AIR HUJAN SAHAJA
Kami daripada MyFundAction ingin mengajak anda semua berkongsi rezeki bagi menyediakan sistem tangki air dan perpaipan yang baik buat penduduk kampung ini.
Anggaran pembelanjaan untuk projek ini adalah RM75,000. Dengan adanya sistem tangki air yang bakal dibina ini akan memudahkan penduduk Kampung Mapan Mapan dalam urusan harian mereka.
Dari Anas Radhiyallahu anhu , beliau mengatakan, Rasulullah s.aw bersabda,
.
"Ada tujuh perkara yang pahalanya akan tetap mengalir bagi seorang hamba meskipun dia sudah terbaring dalam kuburnya selepas kematiannya (iaitu):
.
Orang yang yang mengajarkan suatu ilmu, mengalirkan sungai, MENGGALI SUMUR, menanamkan kurma, membangun masjid, mewariskan mushaf atau meninggalkan anak yang memohonkan ampun buatnya setelah dia meninggal.
.
Hadits ini diriwayatkan oleh Al- Bazzar.
INGIN DAPAT PAHALA YANG KEKAL MENGALIR WALAUPUN SETELAH KITA MENINGGAL DUNIA?
Anda boleh berwakaf mengikut kemampuan anda:
WAKAF TANGKI AIR – RM 1,000
WAKAF TANGKI AIR – RM 200
WAKAF TANGKI AIR – RM 100
WAKAF TANGKI AIR – RM 50
Ayuh mudahkan penduduk kampung Mapan Mapan untuk dapatkan bekalan air bersih dengan hanya buka pili paip dari dalam rumah sahaja. Semoga dengan sedikit usaha kita berikan, maka semakin berat timbangan amal baik kita di Akhirat kelak. In shaa Allah.