[DUGAAN KANAK - KANAK 8 TAHUN UNTUK TERUSKAN HIDUP]


Adik bongsu daripada tiga beradik iaitu Muhammad Qusyairy, 8 tahun yang menghidap penyakit kegagalan usus untuk menyerap nutrisi seawal usia 1 tahun setengah bulan.


Hidup adik Qusyairy berubah selepas dikesan menghidap penyakit itu, kini bergantung kepada Total Parenteral Nutrition, TPN untuk membekalkan nutrisi yang cukup bagi tumbesaran.




Adik Qusyairy juga pernah ditahan di wad selama 4 tahun daripada tahun 2014 sehingga 2017 dan mempunyai tunggakan bil sebanyak RM30,000.


Antara rawatan yang diterima ketika ditahan wad adalah prosedur angioplasty dan ujian darah untuk membantu penyakit adik Qusyairy. 


Sehingga hari ini adik Qusyairy perlu berulang alik dari rumah ke Hospital Kemaman dengan perjalanan memakan masa 45 minit untuk menerima rawatan TPN selama 2 kali seminggu dari jam 6 petang sehingga 6 pagi.


Adik Qusyairy juga mempunyai ileostomy dan stoma bag yang perlu ditukar setiap hari dan perlu pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya,PPUM sekali dalam masa 3 bulan.


Nak tengok dia membesar seperti adik beradik yang lain” – Ibu Qusyairy, Puan Rosnani




Encik Zakaria, bapa adik Qusyairy bekerja sebagai pembantu tukang rumah. Dengan pendapatan sebanyak RM1,000 sebulan tidak mencukupi untuk membiayai kos tunggakan rawatan buat adik Qusyairy dan perbelanjaan ahli keluarga serta perbelanjaan rumah yang lain.


Lebih menyayat hati, akibat pandemik Covid-19 mereka hanya mampu berniaga kuih muih di rumah dan hanya mampu berharap mendapat tempahan yang banyak walaupun ketika musim pandemik.


Keuntungan mereka tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan dan sara hidup.


Bil rawatan yang terus bertambah membebankan emosi keluarga dan menyebabkan adik Qusyairy tidak mendapat rawatan yang cukup.




Anggaran untuk membantu kos rawatan adik Qusyairy ialah berjumlah RM30,000. Mereka juga masih mempunyai anak yang masih bersekolah dan memerlukan kos persekolahan mereka.


PROJEK: MUHAMMAD QUSYAIRY

Oleh itu, kami daripada MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction Pahang mengambil inisiatif ini untuk meringankan beban keluarga kecil ini dari segi kos rawatan adik Qusyairy dalam mengharungi dugaan ini.


Kami juga membuka tabung kepada anda untuk turut bersama berkongsi rezeki kepada adik Qusyairy dan pesakit – pesakit lain sepertinya.


Kami menyediakan beberapa pakej untuk memudahkan anda berkongsi rezeki bersama kami:

Tabung MyHeart RM500

Tabung MyHeart RM200

Tabung MyHeart RM100

Tabung MyHeart RM50

Tabung MyHeart RM30

 

Semoga dengan usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu adik Qusyairy untuk kembali sihat seperti kanak-kanak yang lain dan semoga Allah memberkati rezeki yang anda kongsikan buat adik Qusyairy dan pesakit – pesakit lain sepertinya. 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
MyHeart Fund RM500
MyHeart Fund RM200
MyHeart Fund RM100
MyHeart Fund RM50
MyHeart Fund RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090