LARIAN AMAL BERSAMA MYHEART-VIRTUAL RUN

WORLD HEART DAY
Hari Jantung Sedunia yang disambut pada 29 September setiap tahun bertujuan memperingati dan meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai penyakit kardiovaskular yang menjadi penyebab utama kematian.
Menurut World Health Organization (WHO), penyakit kardiovaskular telah meragut kira-kira 17.9 juta nyawa di seluruh dunia setiap tahun. Terdapat beberapa factor yang menyumbang kepada penyakit ini termasuk merokok, tekanan darah tinggi dan sebagainya.
Walaupun seluruh dunia dilanda wabak pandemic, namun kesihatan jantung harus tetap dijaga. Tahun ini bertemakan #UseHeart iaitu “Using Your Head, Your Influence, Your Compassion” untuk masyarakat, orang tersayang dan diri anda sendiri.
Oleh itu, bersempena Hari Jantung Sedunia, kami dari MyHeart dengan kerjasama MyFundAction serta Hospital Gleneagles Kuala Lumpur mengambil kesempatan untuk menganjurkan “MyHeart Charity Virtual Run”.
MYHEART CHARITY VIRTUAL RUN
#normabaharu #kitajagakita
MyHeart Charity Virtual Run adalah satu usaha menggalakkan penyertaan orang ramai untuk bersama-sama menerapkan gaya hidup sihat sekaligus mencegah penyakit kardiovaskular. Program ini akan diadakan secara larian maya atau virtual run menggunakan aplikasi yang boleh dimuat turun di seluruh dunia.
Secara umum, virtual run ini boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana sahaja. Perlumbaan sekurang-kurangnya 10km sehingga 22 Oktober ini. Jangan risau jika tidak mampu 10km sekaligus, boleh disambung esok hari! Lebih menarik lagi, semua kategori jarak dapat dikumpulkan dengan berjalan kaki, berlari, berjoging, mendaki, atau dengan menggunakan treadmill . Anda juga boleh menggabungkan jarak dengan acara lain. Ayuh semua!
Bukan itu sahaja, virtual run ini akan membantu mengumpulkan dana bagi kanak-kanak yang mengalami masalah jantung untuk menjalani pembedahan dan rawatan susulan di hospital-hospital terpilih di sekitar Malaysia.


Ini lah masanya! Jom ramai-ramai sertai.
Tarikh tutup penyertaan pada 30 September 2020.
ATAS PERMINTAAN RAMAI
VIRTUAL RUN DILANJUTKAN SEHINGGA 22 OKTOBER 2020
VIRTUAL RUN DILANJUTKAN SEHINGGA 22 OKTOBER 2020
VIRTUAL RUN DILANJUTKAN SEHINGGA 22 OKTOBER 2020
Virtual Run adalah cara terbaik untuk kekal cergas dan aktif sepanjang tahun, berlari untuk kebaikan dan menjadi hebat. Hanya RM69 sahaja! Jom ajak ramai-ramai dan dapatkan potongan harga untuk setiap pakej. Setiap pakej tersebut akan diberikan T-Shirt, pingat dan e-sijil untuk penyertaan anda! Penghantaran ke seluruh Malaysia.
BAGAIMANA UNTUK SERTAI
1. Daftar di ruangan yang disediakan, hendaklah lengkapkan borang pendaftaran dan buat pembayaran.
2. Muat turun aplikasi larian (GPS-tracking Running/Walking App)
3. Lari sekurang-kurangnya 10km bila-bila masa dan di mana sahaja sebelum 22 Oktober. Tempat larian adalah bebas.
4. Kongsi gambar beserta rekod pergerakan anda di sosial media dan gunakan hashtag #everyheartbeatisagift #LiveHeart #BeatTheOdds #worldheartday
5. Jangan lupa tag kami @myheart.association @gleneagleskl
UKURAN BAJU
*Ukuran dalam inci. Mungkin terdapat sedikit perbezaan dari segi ukuran dan warna.
JENIS KAIN: JERSEY SUBLIMATION
LENGAN PENDEK/PANJANG MUSLIMAH
Kongsikan sokongan dan kerjasama anda mempromosikan program ini kepada orang lain di sekitar anda juga. Sokongan anda dapat menyelamatkan nyawa. Selamat Hari Jantung Sedunia, kekal aktif dan cergas!
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi:
Encik Shukri ( https://wa.me/+601124266348 )