KETAKUTAN TERBESAR SETIAP TAHUN
MUSIM SEJUK AKAN TIBA TAK LAMA LAGI, AYUH SIAPKAN BEKALAN HIDUP UNTUK SAUDARA KITA DI SYRIA!
Besar Ganjaran Amalan Berkongsi Makanan:
Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain.”
(HR. Thabrani)
KISAH BENAR YANG SANGAT PAHIT UNTUK DITERIMA
Menurut PBB, bermula awal 2017, hampir setengah juta rakyat Syria menjadi pelarian di luar negara mereka. Kini, mereka mendapat perlindungan di rumah perlindungan yang disediakan.
Antara kisah yang berlaku di rumah perlindungan ini adalah kisah seorang balu yang kematian suami. Hidup di tempat perlindungan sementara.
Ia bukanlah tempat yang selesa, dan hanya sekadar tempat untuk berlindung dari kesejukan yang melampau dan panas yang memeritkan. Keadaan bertambah buruk jika tiba musim sejuk.
Bayangkan, dalam keadaan begini bagaimana kita ingin hidup bersama anak-anak. Kisah seorang balu yang hidup di tempat perlindungan sementara, tiada tandas mahupun sumber air disitu.
Dia dan anak-anak hanya ada baldi untuk kegunaan harian. Mereka juga tiada dapur seperti kita, hanya sebuah meja kecil tempat untuk masak makanan.
Tiada bekalan elektrik juga, mereka bergantung hanya pada cahaya dari lampu kecil. Tandas berada diluar jauh daripada tempat tinggal mereka.
“Anak-anak saya berasa takut apabila kami keluar ke tandas pada waktu malam.” ujar ibu tunggal ini.
Dia juga menjaga ibu mertuanya selepas suaminya meninggal dunia. Apabila ditanya mengenai sumber pendapatan, mereka tiada sumber lain melainkan bantuan orang ramai untuk mereka teruskan kehidupan.
Jika tiada bantuan, mereka terpaksa menahan lapar sehingga bantuan tiba.
“Kami ingin makan gula-gula atau makanan lain, tapi ibu tak ada duit untuk membelinya. Kami mohon ihsan rakyat Malaysia agar JANGAN LUPAKAN KAMI DISINI” ujar anaknya.
Sasaran Winter Aid RM275,979 (3,000 Food Basket) :
Ini bukan kali pertama MyFundAction hantar bantuan musim sejuk ke Syria
3,000 akan mendapat manfaat daripada kempen FOOD BASKET ini. Ayuh bantu saudara kita di Syria! Semoga usaha ini mendapat ganjaran setimpal di akhirat kelak.
PAKEJ BANTUAN FOOD BASKET
RM84/PAX ( 1 KELUARGA)
RM168/ 2 PAX ( 2 KELUARGA)
RM420/ 5 PAX (5 KELUARGA)
Pakej Seikhlas Hati RM30