MASJID AN NUR, MASJID UNTUK PELARIAAN SYRIA KHAS DARI RAKYAT MALAYSIA BUAT RAKYAT SYRIA
Masjid An Nur merupakan masjid buat muhajirin Syria di Idlib, Lubnan. Masjid ini bakal memuatkan 400 komuniti rakyat Syria yang berada di kem-kem pelariaan Syria.
Muhajirin-muhajirin Syria amat memerlukan masjid ini kerana tempat ibadah mereka di dalam Syria hancur semasa peperangan berlaku. Sekolah-sekolah anak Syria dijadikan tempat peperangan dan letupan bom.
Oleh itu, kami dari MyFundAction dan beberapa NGO yang lain akan menempatkan pelajar-pelajar Syria di Masjid An Nur. Masjid An Nur ini akan mula dibina pada 10 Ogos sehingga December 2021. Hampir 3 bulan masjid ini akan disiapkan.
Manakala harga kos diperlukan bagi menyiapkan masjid ini adalah USD 72,193 bersamaan RM300,000. Masjid ini dapatkan dibina jika daripada kita berkongsi rezeki dan membantu kerja-kerja dakwah buat pelariaan Syria.
Masjid ini bakal dibangunkan untuk kegunaan :
1. Pusat melaksanakan ibadah secara berjemaah
2. Tempat menyatukan penduduk Syria yang baru berhijrah.
3. Tempat aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadhan dan aktiviti pernikahan
4. Melengkapkan wilayah perkampungan Malaysia sebagai penempatan baru buat pelarian Syria.
Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskan, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai dan harta yang disedekahkannya. "