TIADA TEMPAT TINGGAL MELAINKAN KHEMAH YANG TIDAK MAMPU MEMBUATKAN MEREKA SELAMAT DARIPADA MUSIM SEJUK
Dikhabarkan bahawa pelarian – pelarian kini hanya ditempatkan di khemah sementara. Tetapi keadaan khemah tersebut semakin lusuh dan tidak cukup untuk menampung sebilangan besar daripada mereka.
Bagi menyediakan tempat berteduh pelarian Syria yang kukuh, perkampungan baru perlu dibina di Deir Hasan, Idlib, Syria yang lengkap dengan pelbagai infrastruktur dan kemudahan asas seperti hospital, perumahan, sekolah dan masjid.
MyFundAction dengan kerjasama Hayrat Yardim berusaha untuk merealisasikan projek perkampungan baru di Idlib. Oleh itu, ini adalah usaha melaksanakan projek perumahan buat mereka daripada rakyat Malaysia.
Dengan itu, kami membuka tabung bagi melaksanakan projek ini.
Projek pembangunan perkampungan ini sudah bermula pada bulan Ogos 2021.
Kami menyasarkan sebanyak 500 buah rumah dibina sekaligus dapat menempatkan sebanyak 100 buah keluarga ketika fasa ini.
Dengan pembinaan perumahan bermodelkan Briquette House, ia dapat menampung lima ke tujuh orang dalam satu rumah.
Kos pembinaan satu rumah juga dianggarkan sekitar RM6,500 sahaja. Rumah tersebut juga lengkap dengan fasiliti bilik air, dapur, bilik tidur dan juga ruang tamu.
Buat pengetahuan anda, perkampungan ini sangat diperlukan bagi menyelesaikan masalah pelarian di Syria.
Bukan itu sahaja, perkampungan ini juga merupakan tempat berlindung buat mereka semua daripada cuaca sejuk yang melampau apabila tibanya musim sejuk tidak lama lagi.
Tambahan lagi, kawasan tersebut kerap berlaku banjir apabila hujan turun dengan sangat lebat. Perkhemahan yang mereka tinggal kini tidak lagi selamat untuk mereka.
Semoga dengan pembinaan perkampungan baru yang dilaksanakan akan dapat membantu menyelesaikan masalah ini.
Kami daripada MyFundAction di bawah kelolaan Hayrat Yardim ingin membuka tabung wakaf buat pembinaan perkampungan di Syria.
Dengan pembinaan Briquette House ini anda dapat menyelamatkan lebih daripada 700 orang pelarian di sana.. Kami ada menyediakan beberapa pakej untuk anda bersama kami dalam merealisasikan projek ini
WAKAF {1 RUMAH} - RM6,500
WAKAF RM500
WAKAF RM200
WAKAF RM100
WAKAF RM50
WAKAF RM30
Semoga dengan rezeki yang anda kongsikan bersama kami sedikit sebanyak dapat memberikan senyuman buat mereka di Syria.
InsyaAllah, wakaf yang anda berikan ini juga akan menjadi saham akhirat kelak buat anda. Amiin yra