Hadiahkan Haengbok Box Dan Tunjukkan Sokongan Anda Untuk Saudara Baru

“Islamophobia dan diskriminasi berlaku dengan sangat banyak dan semakin teruk!”


Dasyat betul isu ini di Korea sampaikan ada Muslim yang dipanggil pengganas dan ada juga yang melabel Islam sebagai agama yang jahat.

Ya, Islam sememangnya adalah minoriti di sana.

Walaupun begitu, Islam masih lagi tetap bertahan malah bilangan muslim di Korea semakin bertambah tahun demi tahun. 




Bilangan saudara baru juga semakin ramai.

Tetapi yang menjadi isunya adalah, mereka tidak mendapat fasiliti yang baik untuk mempelajari Islam. 

Masih belum ada al-Quran terjemahan yang tepat dan baik untuk Muslim di Korea mempelajari dan memahami makna ayat yang dibaca.




Lagi pula bahan bacaan berkenaan Islam dan tenaga pengajar juga berkurang.

Jadi, sukar sangat bagi Muslim di sana terutamanya saudara baru mendapatkan pendidikan Islam yang sebetulnya.


Sinar Buat Saudara di Korea dengan Haengbok Box


Jadi, MyFundAction ingin mengajak anda untuk kita sama-sama berikan sokongan untuk sauadara kita tetap teguh dalam Islam.




Kami di MyFundAction telah menyediakan kotak asas buat saudara baru iaitu Haengbok Box (행복 Haengbok = Kegembiraan). 

Kami turut menyediakan:

  • kelas-kelas percuma Iqra,
  • Al-Quran dan Fardu Ain buat mereka.




Untuk pengetahuan anda, dalam sebuah kotak Haengbok, ada mengandungi barang-barang permulaan bagi seorang mualaf untuk mempelajari Islam.


Jom kirim Haengbok Box terindah buat saudara kita di Korea. 

Semoga ini menjadi pembakar semangat untuk mereka terus menjadi Muslim yang terbaik.




RM50 – Pakej Saranghae (Tanda sokongan jika anda menyukai idea projek ini)

RM100 – Pakej Quran Hangeul (Wakaf untuk sebuah Quran terjemahan bahasa Korea)

RM270 – Pakej Haengbok (Wakaf untuk 1 set lengkap Haengbok Box)

RM500 – Pakej Educational Empowerment (Wakaf bagi membiayai kelas-kelas dan aktiviti dakwah di Korea)


Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hadid, ayat 18:

“Sesungguhnya orang yang berwakaf baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjaran) kepada mereka dan pahala yang banyak.”







Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej Umum - RM30
RM100
Pakej Umar Al-Khatab - RM200
Pakej Abu Bakar As-Siddiq - RM300
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090