MISI 'FOR A BETTER AFRICA'
Negara-negara miskin di Afrika menderita! Yang membuatkan hati kami lebih sebak adalah 90% populasi adalah Muslim. Tidak dapat terfikir macam mana mereka boleh survive hidup di sini.
Seramai 5 orang team MyFundAction telah tiba di Conakry, Guinea. Selama 18 hari di sana, kami akan sedaya upaya mengusahakan amanah yang anda titipkan untuk kita memberikan harapan baru buat saudara kita di sana.
Projek-projek yang sedah kami usahakan untuk saudara kita di Afrika adalah
Projek Qurban Care For Ummah
Sempena Hari Raya Aidil Adha yang akan datang tidak lama lagi 1,000 ekor kambing akan disembelih dan diagihkan. Slot pendaftaran kurban kambing di Afrika kurang 100 slot sahaja lagi. Daftar sekarang sebelum tarikh tutup 25 Jun 2023.
Projek Schools for Africa
Kami sedang mempersiapkan sekolah yang lengkap dengan fasiliti asas agar anak-anak di sini dapat belajar dengan selesa. Keperluan seperti kerusi dan meja, alat tulis, buku dan kos baiki sekolah akan menjadi keperluan utama bagi projek ini.
Projek Zero Hunger Africa
Kami akan masak bersama komuniti di Afrika hidangan lauk istimewa, edaran bahan makanan asas dan edaran pek qurban. Melalui pek qurban yang dapat bertahan selama 2 tahun, mereka akan dapat memanfaatkan lauk ketika tiada stok lauk.
Projek Clean Water for Africa
Kami sasarkan sejumlah 50 buah manual pam air diagihkan di perkampungan Nzerekore. Melalui projek ini kami sasarkan seramai 1,000 orang penerima manfaat sepanjang misi kali ini.
Rebut pahala 10 hari awal Zulhijjah dengan meringankan penderitaan saudara di Afrika