[#SAHAM AKHIRAT] HADIAHKAN QURAN BARU KEPADA SAUDARA MUSLIM DI AFRIKA


PAHALA DAN SAHAM YANG BERPANJANGAN SELAGI MANA MEREKA MENGGUNAKANNYA





HAKIKAT SAUDARA MUSLIM KITA DI AFRIKA


Seluruh dunia tahu, jika di sebut negara Afrika, terbayang bagaimana kebelakangnya mereka dari pelbagai aspek berbanding dengan negara maju yang lain.


Muslim Afrika adalah golongan minoriti di negara mereka. Mereka kekurangan dari segi fasiliti, kemudahan, teknologi dan pendidikan.  


Menurut seorang pensyarah Muslim University of Morogoro, Dr Issa Omar Malecela, katanya kepayahan dan realiti pahit dihadapi masyarakat Islam negara Afrika sungguh memilukan.


Siapa sangka? Mereka seperti Malaysia yang 100 tahun kebelakang!


Mereka belajar membaca, mengahafal dan menulis Al-Quran di atas kayu dan kertas yang sangat lusuh. Malah sekolah yang mereka duduki sangatlah usang dan daif. Tetapi dengan semangat mereka, mereka mampu menghantar pelajarnya masuk ke universiti tertinggi bagi umat Islam di dunia iaitu Universiti Al-Azhar.

Nak dibandingkan suasana pembelajaran mereka di Malaysia, bagai langit dan bumi. Sekolah rendah agama dilihat tidak ubah seperti ‘reban ayam.’


Lebih 200 pelajar didapati duduk berasak-asak di lantai kelas kecil tanpa meja dan buku latihan. Mereka tiada istilah "outdoor class" tetapi kelas mereka memang di luar, beratapkan langit berbumbungkan awan.


Hanya sebahagian pelajar sahaja yang bertuah untuk belajar di bawah bumbung. Mereka memerlukan penambahbaikan fasiliti dan kemudahan untuk belajar.








SENASKAH AL-QURAN DIKONGSI 10 ORANG


Alhamdulillah, kita di Malaysia hampir setiap orang boleh memiliki senaskah Al-Quran sama ada dalam bentuk digital mahupun yang bercetak. Tetapi, muslim di Afrika mereka kekurangan Al-Quran sehinggakan mereka terpaksa berkongsi 10 orang untuk senaskah Al-Quran.


Kebiasaanya, mereka bergilir-gilir dan cepat-cepat mencatat kalimah yang dibaca di atas papan kayu sambil menghafaz surah tersebut.


Oleh itu, kami dari MyFundAction ingin mengambil inisiatif untuk mengajak anda semua bersama-sama kita berwakaf untuk menyalurkan minimum 1 naskah Al-Quran buat saudara Muslim di Afrika.








KENAPA PERLU BERWAKAF DI AFRIKA


Mereka tiada Quran yang bercetak seperti yang sedia ada di Malaysia. Disebabkan kekurangan ini,   kami mengambil inisiatif ingin mengajak anda semua untuk kita sama-sama membantu dalam menyalurkan senaskah Al-Quran kepada saudara Muslim kita di Afrika.


Selain wakaf untuk diri sendiri, anda juga boleh niatkan wakaf anda untuk:


- Ibu bapa yang sudah meninggal dunia atau yang masih hidup

- Isteri, anak-anak atau sahabat yang pernah berbudi dgn kita

- Lunaskan hutang kita kepada mereka yang kita sudah terputus hubungan  


Kebaikan berwakaf ini sangatlah dituntut oleh Rasulullah SAW. Baginda bersabda :


“Infaqkanlah hartamu. Janganlah engkau menghitung-hitungnya (menyimpan tanpa mahu bersedekah). Jika tidak, maka Allah akan menghilangkan keberkatan rezeki tersebut. Janganlah menghalangi anugerah Allah untukmu. Jika tidak, maka Allah akan menahan anugerah dan kemurahan untukmu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)








BAGAIMANA WAKAF QURAN INI AKAN DIURUSKAN?


Dengan serendah RM50/senaskah, anda boleh memilih mana-mana pakej wakaf di ruangan bawah. Kami dari MyFundAction akan wakilkan anda untuk sampaikan dan salurkan wakaf Quran anda kepada madrasah-madrasah di beberapa buah kawasan benua Afrika. Terdapat 6 kawasan yang terlibat iaitu Malawi, Chad, Kenya, Cameroon, Niger dan Ivory Coast.


Anggaran pelajar yang ditampung bagi sebuah Madrasah adalah 300-500 orang pelajar.








SASARAN DAN JUMLAH QURAN YANG DIPERLUKAN?


Alhamdulillah, pada tahun lepas (2019) kami telah berjaya mengedarkan 1,000 naskah Al-Quran kepada mereka.  


Sasaran untuk tahun ini (2020), kami menyasarkan 2,000 naskah Al-Quran setiap bulan untuk diedarkan kepada mereka. Jumlah kos yang diperlukan adalah sebanyak RM 100,000 sebulan.





BAGAIMANA INGIN BERWAKAF?


Anda boleh memilih mana-mana pakej mengikut kemampuan anda:

WAKAF A - RM500/10 naskah
WAKAF B - RM250/5 naskah  (paling ramai yang memilih pakej ini) 
WAKAF C - RM50/senaskah





Jom kita bantu saudara Islam kita di Afrika mengenal al-Quran dengan memberi atau hadiahkan walaupun hanya senaska!! Jika kita tak mampu mengajar mereka, kita bantu mereka untuk boleh belajar. Kami akan wewakili anda untuk menyampaikan Quran yang anda wakafkan untuk  mereka.




Semoga dengan perkongsian rezeki kita buat mereka menjadi salah satu daripada amalan yang tidak terputus pahalanya, saham bekalan di akhirat buat kita selepas kita meninggalkan dunia, In Shaa Allah.









Mulakan sekarang dengan pilihan pakej wakaf di bawah




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
WAKAF QURAN (10 Naskah)
WAKAF QURAN (5 Naskah)
WAKAF QURAN (1 Naskah)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090