BAIK PULIH SURAU UZUR INI UNTUK KEGUNAAN 200 ORANG PENDUDUK

Perlaburan Yang Kekal Adalah Pelaburan Akhirat.

Ambil Peluang Berwaqaf Jana Saham Pahala Kekal Sehingga Akhirat 

Bantu Agama Allah, Allah Akan Bantu Kamu




MINIMA RM50 TEMPAH SATU NAMA BINA SURAU TANJUNG RUMAH ALLAH INI.

" Perumpamaan orang - orang yang menderma (sedeqah) harta bendanya di jalan Allah, seperti ( orang yang menanam ) sebijih benih  yang menumbuhkan 7 untai dan tiap - tiap untai dapat 100 biji dan Allah melipat kali gandakan ( balasan ) kepada orang yang berkehendaki , dan Allah  Luas ( anugerahNya ) Lagi Maha Mengetahui " 

- Surah Al - Baqarah : 261



Surau Tanjung terletak di sebuah perkampungan di Pulau Sakar, Lahad Datu, Sabah. Apa yang mengejutkan surau ini tiada bekalan eletrik yang berterusan kerana ianya hanya bergantung pada bateri kereta sahaja!

Penjanaan kuasa daripada bateri sahaja mampu menghidupkan lampu dan pembesar suara surau setiap kali solat Jemaah dilakukan akan tetapi, bateri akan dihantar ke pekan yang terletak di seberang untuk dicas semula setiap 1 minggu sekali.

Lebih menyedihkan lagi, surau kini hanya mampu memuatkan tak lebih daripada 70 jemaah semasa solat Jumaat. 1 pili paip sahaja tidak cukup malah tiada tempat wudhuk khas buat Jemaah wanita.



"Kami tetap akan meramaikan surau ini biar pun terpaksa solat di bawah kain," luah salah seorang Jemaah. 



Terlalu banyak fasiliti yang perlu ditambah baik bagi keselesaan jemaah di sini yang mempunyai hampir 200 orang penduduk. Malah, surau ini juga adalah satu-satunya pusat untuk belajar mengaji Al-Quran.

Kami daripada MyFundAction ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk turut bersama menyokong kempen pembangunan ini bagi menlancarkan proses baik pulih surau ini secepatnya agar penduduk di sini dapat menjalani ibadah mereka dengan lebih selesa.


Hasil wakaf anda akan digunakan untuk :

(1) Membantu menyediakan fasiliti surau yang lebih baik untuk keselesaan Jemaah surau
(2) Menyediakan tempat wudhuk dan tempat solat Jemaah wanita yang lebih selesa dan tertutup.
(3) Membuka cawangan kelas mengaji di bawah program An Nur Quranic Centre





KENAPA PERLU BANTU PROJEK PEMBANGUNAN SURAU TANJUNG?


(1) Surau kini digunakan atau berkongsi dengan 4 buah kampung yang terdiri daripada hamper 200 orang penduduk

(2) Kadar buta Al-Quran disini agak tinggi dan jika surau dapat dibaik pulih, kita akan mulakan kelas pengajian di bawah Annur Quranic Centre

(3) Satu-satunya surau di Pulau Sakar, solat Jumaat juga dilakukan di sini.




            SASARAN DAN JUMLAH KOS YANG DIPERLUKAN?


            Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM70K secara berperingkat bagi membiayai keseluruhan kos baik pulih dan naik taraf surau.




            BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI?

            Anda boleh memilih mana-mana pakej wakaf mengikut kemampuan anda:


            PAKEJ A – RM500
            PAKEJ B – RM200
            PAKEJ C – RM100
            PAKEJ D - RM50


            Kami dari MyFundAction dengan rendah hati ingin mengajak rakyat Malaysia untuk berganding bahu bagi menjayakan projek ini. Keprihatinan saudara dan saudari didahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya.


            Untuk maklumat lanjut mengenai pertubuhan, program dan aktiviti, sila lawati:

            Facebook: https://www.facebook.com/myfundaction.org



            Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

            Ruangan yang wajib diisi

            PILIHAN SUMBANGAN

            Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
            WAKAF SURAU RM 1000
            WAKAF SURAU RM 500
            WAKAF SURAU RM 100
            WAKAF SURAU RM 50
            JUMLAH
            JUMLAH KESELURUHAN (RM)
            Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

            BUTIRAN PENYUMBANG

            BUTIRAN SUMBANGAN


            Maklumat Organisasi

            MyFundAction
            info@myfundaction.org
            +60162341090