NAK TAMBAH PAHALA DENGAN BANTU SAUDARA ISLAM KITA DI SYRIA?
MUSIM SEJUK DI SYRIA SEMAKIN MENGHAMPIRI..
Menurut laporan UNHCR, terdapat lebih 1 juta pelarian di Selatan Idlib antara Disember 2019 hingga Februari 2020.![]()

Bagi pelarian yang ditindas, kemiskinan menyukarkan mereka untuk menyediakan keperluan musim sejuk.
Mereka terpaksa mengharungi suhu bawah 10 darjah celsius berbulan-bulan lamanya, tanpa rumah yang kukuh dan selesa untuk berlindung.
Kebanyakan mereka hanya tinggal berbumbungkan khemah yang usang, dan bila-bila masa akan runtuh.
Anak-anak kecil, wanita, warga berumur, semuanya tidak terkecuali.
Mereka perlukan bantuan dari kita..
Jadi, atas dasar kemanusiaan, pihak MyFundAction telah melancarkan projek Winter Mission Syria 3.0 khas untuk membantu rakyat Syria mengharungi musim sejuk tak lama lagi.
WINTER MISSION SYRIA 3.0





.jpg)
Fokus projek:
Untuk misi kali ini, fokus utama MyFundAction adalah untuk membina 2,438 unit penempatan sementara bagi pelarian di Jarablus, Syria.
Kos yang diperlukan untuk membina sebuah rumah adalah RM6,975.
(Anggaran kos untuk membina penempatan: RM17 Juta)
Bantuan-bantuan lain:
Disamping membina perumahan, pihak MyFundAction juga akan menghantar bantuan dalam bentuk lain seperti:
- Bantuan asas makanan untuk kegunaan selama 2 minggu minima (Anggaran kos: RM7 Juta)
- Bantuan set alat pemanas dan bahan bakar (Anggaran kos: RM5 Juta)
- Bantuan BOX of Happiness (set pakaian musim sejuk) (Anggaran kos: RM3 Juta)
(Anggaran kos untuk bantuan lain: RM15 Juta)
Kos Keseluruhan Projek: RM32 JUTA
Fasa projek:
- Fasa 1 (Sept - Oct) (RM10 Juta diperlukan)
- Fasa 2 (Nov - Dec) (RM16 Juta diperlukan)
- Fasa 3 (Jan - Feb) (RM6 Juta diperlukan)
Projek ini akan dijalankan mengikut fasa-fasa diatas.
Kami sangat yakin masih ramai rakyat Malaysia yang prihatin dan ingin membantu saudara kita yang kesusahan di Syria, jadi kami di MyFundAction ingin menyeru anda untuk bersama-sama kita jayakan kempen ini secara berjemaah.
Kami faham, lain orang, lain kemampuannya. Kami tak mampu, dan tak akan memaksa anda untuk membuat apa-apa tindakan.
Anda boleh mengeluarkan bantuan sebanyak mana yang anda ikhlas untuk memberi, hatta RM1 sekalipun.
Bayangkan RM1 anda itu mencukupkan batu bata untuk membina rumah, yang didalamnya orang boleh beribadah dan meneruskan kehidupan.
Bukankah itu amal jariah yang berterusan masuk ke akaun pahala anda, selagi mana rumah itu masih berdiri?
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 261)
Semoga dengan setiap bantuan yang anda hulurkan, walau sekecil atau sebesar mana pun, Allah membalasnya dengan nikmat dan rahmat yang tidak ternilai dalam apa jua bentuk sekalipun. Aamin YRA.
Anda boleh menghulurkan bantuan melalui perbankan internet di bahagian bawah halaman ini, atau anda boleh membayar secara manual ke akaun dibawah:
Maybank:
5505 1097 0083
Yayasan Kebajikan Muslim
(MyFundAction)