MUSIM SEJUK BAKAL MELANDA, ANAK-ANAK SYRIA BAKAL BERHADAPAN DENGAN KEMATIAN

Musim sejuk yang sedang melanda kini menambahkan lagi keperitan buat saudara kita di Syria. Kekurangan sumber makanan dan keperluan pakaian musim sejuk serta suhu sejuk melampau menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan mereka bertambah buruk. Sebahagian besar mereka ini hidup dalam keadaan serba daif dan hanya berteduh di bawah khemah yang sudah lusuh dan berlubang serta tidak selamat untuk diduduki.
PROJEK WINTER MISION 4.0 SYRIA
WINTER BOX ( 1000 PAX) – Keperluan Musim Sejuk / RM 214,000.00
Yang meliputi agihan baju sejuk, selimut, alat pemanas serta keperluannya yang mana kos bagi sebuah kotak berharga RM 214.00
SERUAN BERSAMA MENJAGA KEBAJIKAN SAUDARA DI SYRIA.
Kami membuka peluang kepada anda untuk bersama-sama kami menjayakan projek ini. Teruskan menyokong MyFundAction dalam usaha untuk menghantar bantuan kecemasan buat saudara di Syria. Semoga dengan sokongan ini memberi semangat kepada mereka untuk terus hidup.
Semoga dengan usaha kecil ini dapat meringankan beban mereka. Seperti mana Allah SWT akan membantu kita apabila kita membantu saudara-saudara kita yang lain. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Shahih Muslim, Rasulullah SAW bersabda:
وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيه
Maksudnya: “Dan Allah sentiasa menolong hamba-Nya selama mana hamba-Nya itu menolong saudaranya”
Antara agihan yang telah dibuat sebelum ini oleh MyFundAction dengan kerjasama Hayrat Yadim di Syria.
PAKEJ WINTER BOX SYRIA
Tuan/Puan boleh memilih pakej mengikut kemampuan masing-masing.
In sha Allah, Setiap RM30 yang disalurkan akan dikembalikan buat Tuan/Puan dalam bentuk ganjaran yang besar di akhirat kelak.
WINTER BOX 5 RM 1070
WINTER BOX 3 RM 642
WINTER BOX 1 RM 214
WINTER BOX RM 30
Kami yakin sasaran sebanyak RM 214,000.00 itu pasti akan dapat dicapai berkat kemurahan Tuan/Puan.
AYUH BERSAMA BERGANDING BAHU !!!!