BAPA HIDAP KANSER, IBU DISERANG STROK
“Harapan saya semoga ada keajaiban untuk makcik (Faridah) sembuh semula seperti sediakala.”
Encik Tahir Al-Tipoh, 57 satu-satunya yang mencari pendapatan buat keluarga. Segalanya berubah setelah Encik Tahir disahkan menghidap kanser peti suara. Encik Tahir terpaksa diberhentikan kerja sebagai penoreh getah. Isteri, Puan Faridah mengambil alih tugas mencari rezeki buat keluarga.
Namun apakan daya, apabila Puan Faridah pula diserang strok menyebabkan dia langsung tidak dapat bergerak dan hanya terlantar.
Kini, suami isteri hanya dapat mengharapkan ihsan dan bantuan daripada ahli keluarga. Kedua-dua anak perempuan mereka yang berumur 15 dan 11 tahun berada di bawah jagaan anak saudaranya yang hanya bergantung kepada pendapatan menjual makanan ringan.
BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL
Ini antara salah seorang penerima manfaat yang kami santuni, masih ramai lagi yang dalam kesusahan.
Sedih, sayu hati mendengar luahan sebilangan penduduk di di sekitar sini yang sedang dalam kesempitan dan sukar untuk mendapatkan bekalan makanan disebabkan tiada sumber pendapatan, masalah kesihatan yang menghalang dan sebagainya.
Sekeping gambar, seribu makna. Ini bukan kisah dongeng Cinderella, bukan jugak drama di kaca TV.
Tapi inilah realiti masyarakat kita di sekitar Pantai Timur sekarang ini.
Duit sewa ambulans sudah RM100.
Duit susu dan lampin menelan hampir RM1, 000 setiap bulan.
Bagaimana pula dengan perbelanjaan anak-anak?
Sudah pasti dengan bantuan bernilai RM300 JKM tidak mencukupi.
Bayangkan bagaimanalah mereka dapat menampung keperluan harian terutama dari segi bekalan makanan tu?
MARI BERSAMA JAYAKAN PROJEK #REZEKIUMMAT !
Ayuh kita perjuangkan nasib saudara-saudara kita yang kesusahan.
Sepanjang tahun 2021, setiap bulan sebanyak 300 agihan dilakukan di beberapa tempat di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sebahagian besar penerima manfaat dapat kita ringankan beban mereka secara besar-besaran.
Kini MyFundAction berhasrat akan menambahkan lagi edaran kotak Rezeki Ummat iaitu bantuan bekalan makanan asas kepada mereka yang memerlukan di sekitar pantai timur supaya lebih ramai akan dapat dibantu.
Antara penerima manfaat #RezekiUmmat adalah :
(1)Golongan Asnaf dan B40
(2) Golongan hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19
(3) Ahli keluarga yang ramai tetapi kurang pendapatan
(4) Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan ramai
(5) Golongan yang mempunyai masalah kesihatan
(6) Keluarga yang kurang berkemampuan
(7) Golongan terkesan dengan bencana (banjir/ribut/kebakaran)
Renung-renungkan, fikir-fikirkan. Marilah kita jadi masyarakat yang prihatin sesama. Siapa lagi yang mahu bantu mereka kalau bukan kita.
REZEKI UNTUK DIKONGSI BERSAMA
Firman Allah SWT:
Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian (orang miskin yang tidak meminta-minta kerana menjaga maruah diri) (Az-Zariyat: 19)
InsyaAllah semoga asbab kebaikan anda membantumereka, rezeki anda akan diberkati dan terbuka seluasnya pintu rezeki buat keluarga anda. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan keberkatan Allah.
AYUH KITA MEMBAWA SINAR KEGEMBIRAAN BUAT MEREKA
Mari bersama kami MyFundAction dalam berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan serendah RM30. Setiap rezeki yang dikongsi mengukir senyum dan tawa buat mereka.
Kekayaan sebenar bukanlah pada berapa banyak yang kita miliki, tapi berapa banyak yang kita berikan.
Perkongsian dan keprihatinan anda didahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya.