SUSU NUTRISI BUAT 500 KANAK-KANAK DI YAMAN
Inilah realiti yang berlaku di Yaman sejak beberapa tahun ini. Krisis kemanusiaan rentetan dari peperangan yang berlaku sejak 4 tahun yang lalu.
Banyak jumlah kematian yang tidak terungkap karena kekurangan fasiliti kesihatan dan mereka terlalu miskin untuk membiayainya.
Jangankan menikmati rasa, untuk mengisi perut sahaja mereka tidak punya apa-apa untuk dimakan. Ada antara mereka yang hanya makan daun untuk meneruskan hidup.
Si ibu sahaja sudah tidak cukup zat kerana makan daun, apatah lagi bayi-bayi mereka. Malah, dianggarkan kira-kira 5 juta bayi Yaman di ambang kematian akibat malnutrisi.
"Seorang Muslim adalah saudara dari Muslim lainnya. Dia tidak boleh menindas dia, dan tidak pula meninggalkannya (yang sedang tertindas)" - Sahih Muslim - Vol 6, Hadis 6541.
Untuk tetap berdiam, sementara saudara-saudara kita teraniaya adalah umpama meninggalkan mereka.
Oleh itu, mari bersama Myfundaction untuk sama-sama berkongsi rezeki buat 500 orang kanak-kanak kekurangan zat yang memerlukan susu nutrisi ini bagi meneruskan hidup. Pilih salah satu pakej di bawah untuk teruskan.