Sebarkan Kebahagiaan Ramadan Dengan Hadiahkan Pek Daging Untuk Gaza!

Mereka menantikan makanan sahur dan berbuka daripada anda

Ramadan in



Jadikan Ramadan 2025 Anda Lebih Baik Dari Sebelumnya!

Di bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, MyFundAction ingin mengajak #JiwaBaik untuk gandakan pahala dengan berbagi dengan mereka yang sangat memerlukan.



Disaat kita di sini menanti Ramadan dan membayangkan juadah berbuka yang lazat, penduduk di Gaza masih terkesan akibat perang walaupun gencatan senjata telah diisytiharkan.



Lihatlah keadaan mereka yang tinggal di negara bergolak terpaksa tinggal di kem pelarian dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan makanan.




Penjelasan Kepada Pertanyaan Anda


"Bagaimana nak tahu bantuan ini dah sampai ke Gaza?"


Bantuan ini akan disampaikan melalui jalan laut   dengan kerjasama Ops Ihsan yang diiktiraf Kerajaan Malaysia. Terdapat 4 menu yang telah diinovasikan seperti  Beef Dendeng, Beef Blackpepper, Beef Stew dan Beef Rendang. 


"Bagaimana nak masak dalam keadaan semua kelengkapan memasak telah musnah?"


Pek daging yang diagihkan untuk saudara kita di Gaza ini tidak perlu dimasak kerana pek ini sedia dimakan. Daging akan dikumpul, dimasak dan diproses menggunakan teknologi retort (bertahan 2 tahun) serta dijamin TANPA PENGAWET! Yang lebih memudahkan, dengan adanya pek daging "Ready to Eat" ini, penerima hanya tinggal buka dan makan.



Lebih 1.5 juta lagi diperlukan untuk menjayakan misi agihan pek makanan ke Gaza. Kami perlukan sokongan padu dari anda semua!


Ayuh  #JiwaBaik sekalian, mari zahirkan rasa syukur dan kasih sayang kita dengan sertai kongsi pek "Ready to eat"  bersama kami. Rezeki yang anda kongsikan bukan saja memberi peluang buat saudara kita merasai nikmat daging tetapi yang lebih utama, menghilangkan penderitaan  "kebuluran"  yang mereka alami. Mudah-mudahan usaha baik ini diberi ganjaran pahala berlipat kali ganda.



Rezeki Dikongsi, Ramadan Diberkati




Pek daging ready-to-eat ini juga akan diedarkan dan dimanfaatkan buat saudara-saudara kita di negara perang seperti Syria, Lebanon dan keluarga asnaf di Malaysia.







Bayangkan betapa besarnya pahala memberi makan mereka yang berpuasa. Kita peroleh   amal berkali ganda dan mereka yang menerima pun turut berasa bahagia.




  Terima kasih #JiwaBaik hadiahkan pek makanan kepada saudara kita yang memerlukan


Selain agihan pek daging RTE ke Gaza, kami juga telah mengedarkan lebih 200 pek qurban di  negara perang seperti Syria, Lebanon dan keluarga asnaf di Malaysia.




أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ تَكْشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا أَوْ تُطْعِمُهُ خُبْزً

 "Amalan yang paling Allah cintai adalah kegembiraan yang engkau berikan kepada saudaramu Muslim, menghilangkan kesusahannya, melunaskan hutangnya, atau memberinya makanan."

(Hadis Riwayat al-Tabarani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir, no. 13646 – Hadis Hasan)



Semoga Ramadan 2025 anda lebih diberkati!


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kongsi 100 Pek Ready-to-Eat (10 Keluarga) - RM1500
Kongsi 30 Pek Ready-to-Eat (3 Keluarga) - RM450
Kongsi 10 Pek Ready-to-Eat (1 Keluarga) - RM150
Kongsi Ramadhan 2 Pek Ready-to-Eat - RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090