Haengbok Box: Bekalan Rohani buat Mualaf di Korea


Tahun demi tahun jumlah orang yang masuk Islam di Korea semakin bertambah. Namun komuniti Muslim di sini masih kecil, hanya sebanyak 0.4%.

Ya, sememangnya 
Islam agama minoriti di Korea .

Bagi mereka yang baru memeluk Islam di sana, sangat susah untuk dapatkan sumber seperti buku rujukan Islam dalam bahasa tempatan.

Bahkan Al-Quran yang sedia ada tidak mempunyai terjemahan yang baik dan tepat! 

Kami sendiri pernah ke Korea untuk jalankan satu misi mencari Al-Quran dan buku-buku Islam. Malangnya, kami jumpa hanya senaskhah dan isi kandungannya masih belum dikemaskini. 



Misi Gembirakan Mualaf Baru 

Antara cabaran utama sebagai Mualaf di Korea ini adalah, mereka tidak mendapat fasiliti yang baik untuk mempelajari Islam.  

Jadi, kami di MyFundAction ada misi baru salurkan lebih banyak Al-Quran terjemahan di Korea untuk manfaat saudara-saudara baru Islam di sana.

Bukan itu sahaja, kami turut sediakan sebuah kit permulaan bagi seorang mualaf untuk mempelajari Islam yang dipanggil Haengbok Box. 



Haengbok Box  (행복 Haengbok = Kegembiraan)

Daripada Aisyah r.a. "Sesiapa yang memasukkan kegembiraan ke dalam keluarga orang Islam, Allah tidak redha balasan untuknya kecuali syurga" At-Tabrani 

Kami turut menyediakan:


✅ Kelas-kelas Iqra' dan Fardu Ain




✅ Al-Quran terjemahan Korea



Jom wakaf  Haengbok Box  terindah buat saudara kita di Korea. Semoga ini menjadi pembakar semangat untuk mereka terus menjadi Muslim yang terbaik terutama di bulan Ramadan ini. 

In sha Allah, limpahan ganjaran juga akan diberikan buat kita selagi mana Al-Quran ini dimanfaatkan sepenuhnya. Setiap huruf yang mereka baca turut mengalir pahalanya kepada kita. 


Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:


“Apabila anak adam (manusia) telah meninggal dunia, maka terputuslah amalnya darinya, kecuali tiga perkara, yaitu sedekah jariyah (sedekah yang pahalanya terus mengalir) , ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang selalu mendoakannya.” (HR Muslim No. 1631).


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
RM30 - 1 Lot Wakaf
RM50 – Pakej Hadiah Shawl/ Tudung/ Kopiah
RM120 – Pakej Quran Terjemahan Hangeul
RM270 – Full Set Haengbok Box
RM500 – Pakej Educational Development
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090