“Kalau bukan kerana isteri saya yang dukung, saya tak boleh bergerak ke mana-mana "
Dibayangi rasa bersalah kerana punca keluarga hilang sumber pendapatan.
Encik Goh hilang pekerjaan disebabkan keadaan kakinya yang bertambah teruk, bermula dengan gelembung kecil kemudian lama kelamaan menjadi semakin parah. Dalam fikirannya tak putus-putus mengenang nasib yang perlu dia lalui bersama 7 orang anaknya yang masih bersekolah dan isteri apabila beliau sebagai ketua keluarga tidak dapat melaksanakan tanggung jawab sepenuhnya
Encik Goh perlu cuci luka 3 kali seminggu
Luka pada kaki Encik Goh perlu dicuci dengan kerap bagi mengelakkan jangkitan kuman. Risiko yang lebih teruk sekiranya luka tersebut tidak dibersihkan, kaki Encik Goh akan dipotong. Cabaran yang dihadapi oleh Encik Goh bukan hanya sukar untuk bergerak sahaja tetapi tiada kenderaan untuk menghantarnya ke klinik melainkan motorsikal. Keadaan ini menyukarkan Encik Goh mendapat rawatan yang sewajarnya.
Sokongan anda mampu menyelamatkan satu kaki dari dipotong!
Oleh itu, kami ingin mengajak #JiwaBaik di luar sana untuk meringankan beban Encik Goh sekeluarga melalui sokongan terhadap Perkhidmatan Klinik Bergerak (Mobile Clinic) yang menawarkan:
1. Perkhidmatan rawatan pesakit luar
2. Perkhidmatan rawatan kecemasan ringan
3. Perkhidmatan saringan kesihatan dan khidmat nasihat
4. Perkhidmatan pendidikan dan promosi kesihatan
5. Notifikasi penyakit berjangkit
6. Perkhidmatan farmasi
PAKEJ
Dressing , Screening & Followup check up RM350
Ambulans (transport service) RM250
Dressing & Health Screening RM150
Health Screening RM50
Disclaimer:
1) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
2) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.