Kutip Tin dan Botol Terpakai, Selongkar Tong Sampah Demi Sesuap Nasi
Mak Cik Sabariah kini berusia 60 tahun.
Berbekalkan kudrat tua yang ada, hidupnya ditampung dengan menjual tin-tin dan botol yang dikutip.
Mak Cik Sabariah mempunyai basikal yang dibawanya untuk bergerak ke mana-mana Derita bertambah lagi, apabila Mak Cik Sabariah disahkan menghidap tibi tulang yang menyukarkan dia berada dalam tempoh yang lama di atas basikal. Seterusnya, mengehadkan bilangan barang-barang terpakai yang dapat dikumpul
Hanya Berbekalkan RM20 untuk tanggung keperluan seharianBegitu berat perjuangan Mak Cik Sabariah di usianya yang sudah lanjut. Sudahlah hidup
sebatang kara, dia mencuba bertahan hidup dengan mengumpulkan tin dan botol terpakai yang dia jumpai di jalanan dan tong sampah.
Sungguh menyedihkan, dalam menjalani kehidupannya yang “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, Mak Cik Sabariah tidak terlepas dari berjalan sejauh 10 KM. Inilah jarak yang dilalui oleh tubuh tua ini setiap hari semata-mata memastikan perutnya terisi.

Penuhi Keperluan Mak Cik Sabariah Bersama MyFundAction
Projek Rezeki Ummat, RU merupakan projek MyFundAction untuk membekalkan makanan asas kepada golongan berpendapatan rendah. Kami sentiasa konsisten menyampaikan manfaat buat rakyat Malaysia yang terbeban dengan kos perbelanjaan harian yang semakin melambung tinggi.
TERIMA KASIH #JIWABAIK KONGSI REZEKI DENGAN MEREKA!

Apa kita usahakan bersama mungkin tidak dapat keluarkan Mak Cik Sabariah terus daripada kemiskinan. Minima dapat menjamah sepinggan nasi, dah cukup bersyukur dan berterima kasih.

Jom
Jiwa Baik,
ringankan bebanan yang ditanggung
Mak Cik Sabariah. Moga dengan kebaikan kita, Mak Cik Sabariah terlepas dari kesusahan mencari sesuap nasi
Baca lanjut : Setiap transaksi yang memenuhi syarat layak menerima pengurangan cukai
Disclaimer:
1) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat sekurang-kurangnya RM50, layak untuk memohon pengurangan cukai.