Dalam Rezeki Kita, Ada Rezeki Insan Lain
Satukan Usaha, Hapus Miskin Tegar
100,000 keluarga hidup di bawah garis kemiskinan!
Dahulu, barangan dapur sejumlah RM100 boleh memenuhkan separuh troli, namun kini tidak lagi.
Baik yang berada luar, miskin bandar dan juga penduduk di pedalam orang Asli, semua berdepan situasi sukar sampaikan ada yang terpaksa berhutang apatah lagi yang sanggup mencuri untuk beli barang dapur.
Dari Ummah untuk Ummah
MyFundAction dengan rendah hati bertekad untuk terus berbakti dalam usaha menoktahkan kadar kemiskinan (Zero Poverty) melalui Projek Rezeki Ummat khususnya di empat buah negeri yang mencatatkan kadar kemiskinan paling tinggi iaitu Kelantan, Sabah, Sarawak dan Kedah.
Kotak Rezeki Ummat yang mempunyai 14 barangan makanan asas ini kami edarkan kepada keluarga yang layak setiap bulan.
Antara barangan yang terdapat di dalam kotak Rezeki Ummat adalah:
Beras 5 kg
Kicap
Sos
Teh
Makanan dalam tin (Sardin, Sambal Bilis, Susu Pekat)
Minyak Masak
Tepung, Gula, Garam
Bihun & Mee Kering
Amanah Anda Kami Sampaikan
Sejak 2020, kami telah menyampaikan amanah anda kepada mereka yang memerlukan di seluruh 14 negeri di Malaysia.
TERIMA KASIH #JIWABAIK BERKONGSI KEBAHAGIAAN DENGAN MEREKA!

Usaha Kita, Harapan Baru Mereka
Sepanjang pemerhatian kami sejak usaha ini dijalankan, bantuan enam bulan ini terbukti sedikit sebanyak meringankan beban. Setidaknya, duit yang ada dapat digunakan untuk urusan persekolahan anak-anak dan kesihatan. Bukan itu sahaja, bantuan enam bulan ini berjaya mengeluarkan isi rumah dari kepomopong kemiskinan.

Justeru, setiap apa yang ada kongsikan menerus projek ini pasti mendapat keberkahan dan balasan yang lebih baik dari Allah atas asbab meringankan salah satu beban saudara yang berada dari kefakiran dan kesempitan.
Jom
Jiwa Baik,
salurkan barangan keperluan asas untuk saudara kita. Moga dengan kebaikan kita, tiada keluarga lagi yang mengikat perut demi memastikan esok harinya masih berbaki makanan.

Hadirkan kebahagiaan buat mereka yang memerlukan
PAKEJ 1 - Bantu 5 Keluarga: RM750
PAKEJ 2 - Bantu 3 Keluarga: RM450
PAKEJ 3 - Bantu 1 Keluarga: RM150
PAKEJ 4 - Kongsi Rezeki: RM50
PAKEJ 5 - Kongsi Rezeki: RM30
Baca lanjut :
Permohonan resit potongan cukai bagi projek-projek MyFundAction
Disclaimer:
1) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat sekurang-kurangnya RM50, layak untuk memohon pengurangan cukai.