Bergantung Nyawa Pada Alat Bantuan Jantung Seumur Hidup
Alat bantuan ini ibarat nyawa bagi Adam dan perlu dipantau dengan kerap untuk elak risiko maut!

Aydan Adam Zubair, anak mama yang sangat kuat. Sejak lahir lagi dah bertarung dengan masalah jantung berlubang sampai susah nak bernafas.
Doktor cakap injap jantung Aydan nipis dan kena duduk dalam inkubator untuk bantuan oksigen. Luluh hati mama tak dapat tidur dengan Aydan, mampu tengok je Aydan tidur sorang-sorang dalam inkubator.
Baru Usia 10 Bulan Dah Jalani Pembedahan
Masa umur 10 bulan, tubuh Aydan yang masih kecil terpaksa dibedah untuk mengikat pembuluh darah pada paru-paru bagi memasang alat detak jantung.
Paling menyedihkan, alat itu akan tertanam dalam tubuh Aydan buat selama-lamanya...

Rutin Ulang-Alik Hospital Untuk Pantau 'Nyawa' Aydan
Nyawa buah hati mama bergantung sepenuhnya pada alat bantuan untuk membantu denyut jantung. Bagi memastikan ianya sentiasa berfungsi, mama perlu ulang-alik ke hospital sebulan sekali untuk check-up.
Kalau tak diperiksa, bateri alat bantuan akan habis sebelum ianya berhenti berfungsi dan berisiko mengakibatkan kerosakan otak, kematian organ dan kematian mendadak! Nauzubillah..

Tak cukup dengan itu, Aydan juga kena makan macam-macam jenis ubat yang harganya mama tak mampu nak tampung. Dengan kos ulang-alik ke hospital tiap bulan lagi.
Tapi mama janji, mama akan cuba dapatkan juga untuk satu-satunya anak mama.
RM18,000 Diperlukan Untuk Aydan Terus Hidup
Kini, mama cuba berjuang seorang diri sebagai ibu tuggal dengan menjahit secara kecil-kecilan walaupun hasilnya tidak mencukupi untuk biaya Aydan.
Menjaga anak seorang diri bukanlah mudah. Tapi biarlah penat atau sakit macam mana sekalipun, mama sanggup bersusah untuk kesihatan Aydan.

Mama yakin dan pasti ada ramai #JiwaBaik di luar sana yang boleh tolong Aydan supaya membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain.
KOS KEPERLUAN AYDAN RM18,000
Kos Perubatan (RM13,000)
RM250/bahagian
RM100/bahagian
Susu Khas, Lampin & Keperluan Lain (RM3,600)
RM150/bahagian
Kos Checkup (RM1,400)
RM50/bahagian
*Bantuan berterusan selama 6 bulan
Ada Ke #JiwaBaik Yang Nak Bantu Aydan?
Aydan adalah satu-satunya anak saya. 2 tahun saya saksikan penderitaannya, tak sanggup melihat dia sakit apatah lagi kehilangannya.

Kepada yang ingin membantu, semoga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat kalian. InshaaAllah.
“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.”
(Riwayat Muslim (2699))
Disclaimer:
1) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat sekurang-kurangnya RM50, layak untuk memohon pengurangan cukai. Baca lanjut : Setiap transaksi yang memenuhi syarat layak menerima pengurangan cukai
2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.