5 Kali Pembedahan Seawal Usia 2 Tahun!

 Tak tergambar betapa risaunya hati sewaktu melihat perut Haikal yang membesar dan kerap kembung selepas bersalin. Bila menyusu pula dia mesti akan muntah dengan banyak.



Perut Haikal tak normal macam bayi lain. Lebih menakutkan bila dia tak dapat buang air besar dengan normal.


Haikal Menghidap Kelainan Usus

Sampailah usia 8 bulan, pertama kali Haikal jalani pembedahan saluran usus. Ketika itulah doktor mengesahkan penyakit Hirschsprung, di mana sel-sel saraf usus besar tak terbentuk dengan sempurna.

Luluhnya hati ini tuhan sahaja yang tahu sebab Haikal masih terlalu kecil. Andai boleh dipindahkan sakit itu ke dalam diri ini aku sanggup, ya Allah.



Pembedahan itu dinamakan pull through operation, dilakukan melalui lubang dubur, di mana usus ditarik keluar dan bahagian yang tidak berfungsi dibuang.

Ya Allah sedihnya melihat tubuh kecil anakku menahan sakit sewaktu proses pemasangan tiub melalui duburnya untuk kencing dan tiub di hidung untuk makan.




Penderitaan Haikal Belum Berakhir..

Bayangkan di usia yang masih kecil, Haikal terpaksa menjalani 5 kali pembedahan dan pernah 1 kali gagal.
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, kegagalan tersebut menyebabkan jangkitan pada salur kencingnya sehingga usus si kecilku bocor. Allahuakbar..



Tak cukup dengan itu, Haikal tak boleh makan sebarangan. Segala yang masuk ke dalam tubuhnya perlu dikawal dengan sangat ketat melalui pemeriksaan di hospital sebanyak sebulan sekali.

Keadaan ini turut menyebabkan anakku cepat penat dan kurang bermain seperti kanak-kanak lain.



Haikal Semakin Besar, Kos Ubat Pula Semakin Meningkat

Kos perubatan Haikal semakin mahal sehingga ada yang kami tak mampu untuk tampung kerana hanya suami yang bekerja.

Ada seorang lagi adik Haikal yang masih lagi kecil turut sama memerlukan perhatian dan tanggungan.


Menanti Keajaiban Pembedahan Ke-6


Doktor mencadangkan supaya Haikal menjalani 1 lagi pembedahan untuk menutup tiub stoma di perutnya secara kekal, sekiranya keadaan Haikal semakin pulih.


Dengan rendah hati saya ingin mengajak #JiwaBaik diluar sana supaya bersama kami membantu kos keperluan Haikal supaya dia sihat untuk jalani pembedahan yang diharapkan dapat menamatkan penderitaannya. Mudah-mudahan dengan izin Allah.


KOS KEPERLUAN HAIKAL RM3,500
Kos Perubatan RM250/bahagian
RM150/bahagian
Susu Khas, Lampin & Keperluan Lain
RM100/bahagian
Kos Beg Stoma
RM50/bahagian



#JiwaBaik, Mari Nokhtahkan Penderitaan Haikal!

Sesungguhnya muslim yang paling baik ialah mereka yang paling banyak memberikan manfaat buat saudaranya.

Jabir bin Abdullah RA menceritakan bahawa seorang lelaki telah disengat kalajengking, dan ketika itu kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW. Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, bolehkah aku jampikan? Lalu Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa dalam kalangan kamu yang mampu memberikan manfaat (menyembuhkan) kepada saudaranya, maka lakukanlah.
(Sahih Muslim)



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kos Perubatan RM250/bahagian
Kos Perubatan RM150/bahagian
Susu, Lampin & Keperluan Lain RM100/bahagian
Kos Beg Stoma RM50/bahagian
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090