Hadiah Terbaik buat Saudara Baru

Hadiah Terbaik buat Saudara Baru




Menjadi Muslim di Korea Bukan Mudah


Angka jumlah Muslim di Korea semakin bertambah dan statistik terkini sebanyak 300,000 orang. Namun komuniti Muslim masih kecil iaitu hanya 0.4%.



1️⃣ Kurang Sumber Rujukan

Bagi mereka yang baru memeluk Islam di sana, sangat susah untuk mendapatkan sumber seperti buku rujukan Islam dalam bahasa tempatan.  Bahkan Al-Quran yang sedia ada tidak mempunyai terjemahan yang baik dan tepat! 

Kami sendiri pernah ke Korea untuk jalankan satu misi mencari Al-Quran dan buku-buku Islam. Malangnya, kami jumpa hanya senaskhah dan isi kandungannya masih belum dikemaskini. 


Kelas bimbingan solat, al-fatihah dan fardhu Ain.

2️⃣  Kurang Komuniti dan Sokongan Moral
Menjadi Muslim di negara minoriti adalah sering rasa tersisih dan asing walaupun berada dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Setiap orang menghadapi ujian yang berbeza. Ada yang diuji dengan dibuang keluarga, ada yang diuji di tempat kerja. Malah, mereka juga masih lagi keliru tentang apa yang halal dan haram oleh seorang Muslim.

Pertemuan bulanan bersama komuniti Muslim di Korea yang kami anjurkan


Haengbok Box Hadiah Buat Saudara Kita

Haengbok bermakna kegembiraan.  Oleh kerana itu, kami mengusahakan Haengbok Box ini untuk membuatkan saudara kita merasai kehadiran kita bersama mereka.



Dan dakwah kita di bumi Korea ini tidak terhenti pada pemberian Haengbok Box sahaja. Berikut adalah usaha dakwah yang sedang berlangsung:




Ramadan Lebih Baik 2025

Ramadan tidak lama sahaja lagi. Seperti tahun-tahun yang lalu, kami akan sama-sama bimbing dan aktifkan lagi dakwah di sana.


Winter Camp adalah program tahunan yang dijalankan sebagai kem Persiapan Ramadan

Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini mereka sentiasa bersemangat untuk menjalani hari-hari sebagai seorang Islam dan benar-benar merasai bahawasanya; Islam itu mudah, Islam itu Indah.


Daripada Aisyah r.a.  "Sesiapa yang  memasukkan kegembiraan ke dalam keluarga orang Islam , Allah tidak redha balasan untuknya  kecuali syurga " At-Tabrani 


Ayuh Tuan/ Puan bersama kami dalam projek dakwah ini.

In sha Allah, limpahan ganjaran buat kita selagi mana mereka mengamalkan dan mendapat manfaat dari apa yang kita berikan. 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
RM270 – Full Set Haengbok Box
RM120 – Pakej Quran Terjemahan Hangeul
RM100 – Pakej Hadiah Sejadah/ Telekung
RM50 – Pakej Hadiah Shawl/ Tudung/ Kopiah
RM30 – Kelas dan Event Dakwah di Korea
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090