Lahirkan Lebih Ramai Kanak-Kanak Yang Dapat Mengaji al-Quran




Semoga dengan wakaf ini, Allah menghadiahkan ganjaran pahala yang tidak henti mengalir buat kalian.



Kenapa Pusat Mengaji Annur di Kg Suang Parai ini Penting?


1. Satu-satunya kelas mengaji di sini



Setelah hampir 20 tahun kampung Suang Parai ini didirikan, belum ada satu kelas mengaji Al-Quran pernah bertapak di sini.

Lebih 100 keluarga, 500+ kanak-kanak dan 300+ orang dewasa yang dahagakan ilmu al-Quran disini.

2. Melawan Dakyah Islam




Gerak kerja dakwah dan dakyah disini berjalan dalam kelajuan yang hampir sama. Bahkan kadangkala, kelajuan pergerakan dakwah itu sedikit perlahan berbanding dakyah agama bukan Islam.


Disebabkan itu, kelas-kelas mengaji ini perlu dibina untuk mengekang pemikiran mereka daripada didoktrin dengan ajaran agama lain. 


3. Generasi baru yang semakin jauh daripada agama




Pengetahuan asas tentang agama dalam kalangan kanak-kanak disini amat membimbangkan. 


Soalan-soalan berkenaan Tuhan, Nabi dan agama seringkali dijawab dengan jawapan yang mengelirukan akibat doktrin pendakyahan agama bukan Islam yang telah bertapak lebih awal daripada kita.



Berapa Yang Diperlukan?


    1️⃣ RM10,000 untuk pembangunan sekolah alternatif yang boleh memuatkan sehingga 40 orang pelajar. 

      2️⃣ RM10,000 untuk alatan-alatan mengajar serta barang keperluan kelas mengaji yang dijadualkan bermula pada bulan Februari nanti.


        Jumlah keseluruhan yang diperlukan: RM20,000!


        “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."  Riwayat Muslim (1631)




          Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

          Ruangan yang wajib diisi

          PILIHAN SUMBANGAN

          Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
          Wakaf 1 Bahagian 50
          Wakaf 2 Bahagian 100
          Wakaf 6 Bahagian 300
          Wakaf 10 Bahagian 500
          Fasiliti Pembelajaran RM50
          Seikhlas Hati
          JUMLAH
          JUMLAH KESELURUHAN (RM)
          Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

          BUTIRAN PENYUMBANG

          BUTIRAN SUMBANGAN


          Maklumat Organisasi

          MyFundAction
          info@myfundaction.org
          +60162341090