72 Pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) Bantu Komuniti Orang Asli di Pahang


Dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup dan memberikan harapan baharu kepada komuniti orang asli di negeri Pahang, seramai 72 pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang dengan kerjasama MyFundAction telah melancarakan program kesukarelawanan inovasi Changing Pahang One KIt At A Time (CPOKAAT).

Untuk makluman anda program ini dirancang dengan misi untuk menyantuni masyarakat orang asli, membantu mereka memperbaiki kehidupan melalui pendekatan pendidikan, ekonomi dan sosial.



Orang Asli di Pahang berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup

Komuniti orang asli sering kali terpinggir daripada pembangunan moden. Mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran yang meruntun jiwa, antaranya:

Kemiskinan yang Berterusan
Banyak komuniti orang asli hidup di bawah garis kemiskinan. Kekurangan pekerjaan tetap dan peluang ekonomi menyebabkan mereka sukar untuk keluar dari kitaran kemiskinan yang membelenggu.

Akses Terhad kepada Pendidikan
Ramai kanak-kanak orang asli tidak dapat menikmati pendidikan formal yang mencukupi. Jarak sekolah yang jauh, kekurangan sumber pendidikan dan keperluan membantu keluarga mencari rezeki menjadi halangan utama bagi mereka untuk terus belajar.

Kekurangan Kemudahan Asas
Banyak kampung orang asli masih tidak mempunyai akses kepada kemudahan asas seperti air bersih, elektrik dan penjagaan kesihatan. Ini menyebabkan mereka berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan dan kesukaran menjalani kehidupan harian.

Kesedaran Kebersihan yang Rendah
Kurangnya pendidikan mengenai kebersihan diri dan persekitaran menjadikan mereka lebih terdedah kepada penyakit. Hal ini terutama memberi kesan kepada kanak-kanak, yang sering jatuh sakit akibat keadaan persekitaran yang tidak bersih.

Peluang Pendapatan yang Terhad
Ramai penduduk orang asli hanya bergantung kepada hasil hutan atau pertanian kecil-kecilan yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup mereka. Tanpa bimbingan dan sokongan, mereka sukar untuk mencari sumber pendapatan tambahan.


Kit Ummah untuk Komuniti Orang Asli Pahang:



Harapan Mereka di Tangan Anda
Sebagai tambahan kepada modul-program di atas, sebanyak 200 Rezeki Umat akan diagihkan kepada komuniti orang asli. Setiap pakej ini mengandungi keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan barangan harian yang diharap dapat meringankan beban mereka.


Antara gambar-gambar edaran kotak Rezeki Ummat yang telah dijalankan: 








Bagaimana Ingin Berkongsi Rezeki?

Jom Jiwa Baik, salurkan barangan bantuan anda untuk saudara kita. 

PAKEJ 1 - Bantu 5 Keluarga: RM750

PAKEJ 2 - BANTU 3 KELUARGA: RM450

PAKEJ 3 - BANTU 1 KELUARGA: RM150

PAKEJ 4 - KONGSI REZEKI: RM50

PAKEJ 5 - KONGSI REZEKI: RM50


Sekecil mana pun sumbangan anda, ia mampu memberi perubahan besar dalam kehidupan seseorang. Ingatlah bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain.”

Dengan membantu mereka, kita bukan sahaja menjalankan amanah sebagai seorang Muslim tetapi juga membina saham akhirat yang kekal abadi.

*Untuk setiap transaksi yang dilakukan, sila pastikan anda menulis "RU OA" sebagai rujukan (reference) bagi memudahkan proses pengesahan dan pengurusan.

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Bantu 5 Keluarga - RM750
Bantu 3 Keluarga - RM450
Bantu 1 Keluarga - RM150
Kongsi Rezeki - RM50
Kongsi Rezeki - RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090