Gigih Tulis Atas Kayu Sebab Tak Cukup Quran
Mereka menulis, menghafal, memadam dan menulis semula ayat Quran yang baru ekoran kekurangan mushaf di Afrika.
Mereka LAYAK dihadiahkan Al-Quran!
Rebut peluang berwakaf di bulan Syaaban.
Wakaf 10,000 Quran ke Pelosok Dunia
Kenapa Masih Wakafkan Quran? Bukankah Sudah Banyak?
Tidak semua negara mudah dapat akses Al-Quran seperti negara kita. Antara faktor yang menghalang adalah:
-
Kemiskinan
-
Kawasan pedalaman
-
Perbezaan bahasa
-
Populasi muslim yang rendah
-
Sekatan politik
Cerita Dari Saudara Kita
Malu nak dibandingkan dengan kegigihan anak-anak di Afrika yang luar biasa.
Dalam serba kekurangan, mereka sanggup bersusah untuk menghafaz ayat suci Allah.
Di rumah kita mesti ada lebih dari senaskah Al-Quran. Adakah wajar sekiranya ada Quran yang banyak sehingga tidak digunakan sedangkan ada saudara kita terpaksa mengoyakkan helaian Quran untuk dihafal bergilir-gilir.
2. Quran Seperti Emas; Mahal dan Sukar Didapatkan
Di Korea dan Jepun, Islam merupakan agama minoriti di negara berkenaan menyebabkan akses kepada Quran sangat rendah.
Mushaf sangat sukar untuk dijumpai di mana-mana kedai buku menyukarkan muslim dan yang berminat mendalami Islam untuk mendapatkan rujukan.
Antara mualaf dari Jepun yang menerima manfaat Al-Quran percuma
3. Quran Percuma, Asbab Ramai Shahadah
Buat negara yang nyatanya aman, natijahnya saudara kita di sana sangat sukar mempertahankan iman.
Islamophobia di menyukarkan aktiviti dakwah termasuklah akses kepada kelas Quran. Akan tetapi, ramai yang ingin mengetahui tentang Islam dan Quran.
Seorang wakil MyFundAction sedang menjalankan street dakwah di Australia
Bayangkan hasil usaha pop-up booth Quran di Australia dapat membantu kira-kira 30 orang saudara baru bersyahadah dalam masa setahun.
Hadiah Paling Bermakna
Selama 10 tahun kami telah menyalurkan Quran hampir ke seluruh dunia termasuklah Afrika, Mesir, Australia, New Zealand, Japan, Korea dan Asia Tenggara.
Usaha murni ini tentunya tidak akan berjaya tanpa sokongan #JiwaBaik seperti anda semua.
Slide kiri untuk gambar lain
-->





Jadikan Ramadan 2025 Lebih Baik dengan Wakaf Al-Quran
Dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda mengenai amalan wakaf ini diberikan ganjaran pahala yang berterusan meskipun si pewakaf sudah meninggal dunia:
"Apabila telah mati seorang manusia, maka terputuslah baginya pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." Riwayat Muslim (1631) |
Mudah-mudahan harta yang kita sisihkan sedikit untuk berwakaf ini, dapat menjadi bukti keimanan kepada Rabb dan ihsan kita kepada saudara yang memerlukan