Bantu Baby Danny Dapatkan Rawatan Segera
Memang betul, sebenarnya menjadi orang tua yang terpaksa berteka-teki tentang sakit anak jagaannya sangatlah sukar dan meresahkan.
Kalau mereka menangis, sakitnya sebenarnya dimana?
Kalau sawan datang tiba-tiba, adakah kerana sakitnya yang lebih kritikal atau itu sekadar sawan biasa yang masih boleh dikawal kita?
Kalau pembedahan terpaksa dijalankan, berapa peratuskah kejayaannya? Atau ia hanya sekadar cubaan yang tidak dapat kita pastikan dengan statistik dan angka?
Begitulah banyaknya persoalan yang bermain di fikiran. Dan tetap berlegar tanpa sebarang jawapan jika sakit baby Danny tidak dapat disahihkan.
Jom jiwa baik, kita sama-sama bantu baby Danny dan keluarganya untuk melaksanakan ujian WES secepat mungkin. Supaya penyakitnya dapat segera disahkan dan rawatan yang sebetulnya dapat dipercepatkan.
#wecareforyou