Jom Bantu Kos Perubatan Adik Evrieena

Ketika adik Evrieena baru berusia 1 tahun, pakar mengesahkan bahawa dia menghidap Left Developmental Dysplasia.
Setelah empat pembedahan dilaksanakan, tahun ini doktor menasihati keluarga adik Evrieena untuk pembedahan yang kelima dan ini adalah harapan yang terakhir buatnya.
Pembedahan kali ini adalah untuk meletakkan serta ‘mengikat’ semula sendi itu di soket yang sepatutnya.
Ini saja ikhtiar yang tersisa. Pembedahan yang kelima ini perlu dijalankan sesegera mungkin untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang lebih teruk di masa hadapan.
Tanpa pembedahan ini, adik Evrieena akan hidup dalam kesakitan dan tidak dapat bergerak dan berjalan seperti anak-anak serta adik-adik kita yang normal.
Selepas pembedahan, keluarganya juga perlu menanggung kos alat-alat bantuan yang tinggi seperti kerusi roda dan tongkat.
Jom jiwa baik, kita sama-sama bantu cukupkan kos perubatan adik Evrieena agar dia mampu hidup seperti kanak-kanak normal yang lain.
#wecareforyou